Kuliah 01 : Pengertian Tamadun Islam

KONSEP TAMADUN ISLAM

RINGKASAN:

BAHASA

  1. Pertama : Perkataan “Umran”. Perkataan ini telah digunakan oleh Ibn Khaldun dalam kitab al ‘ibar kepada al-Muqaddimah abad 14M. Perkataan ‘Umran berdasarkan kepada Firman Allah s.w.t. Terjemahan: Dia lah Yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. (Surah Hud:61).
  2. Kedua : Perkataan “Hadarah”. Juga digunakan oleh Ibn Khaldun sebagai seerti dengan perkataan ‘Umran. Hadarah bererti tinggal menetap dalam sesebuah wilayah, daerah atau bahagian ibu kota dan bandar. 
  3. Ketiga: Perkataan “Madaniyyah”. Muhammad Farid Wajdi telah dalam bukunya al-Madaniyyah Wal-Islam" (Tamadun dan Islam) dalam tahun l899m. Syekh Muhammad Abduh dalam bukunya Al-Islam Wa-an-nasraniyyah Ma'al-'ilm Wa al-Madaniyyah dalam tahun 1901. Muhammad Abduh menggunakan perkataan ini dalam Tafsir al-Manar. 
  4. Keempat : Perkataan “Tamadun” Yang berakarkan perkataan Madaniyyah. Perkataan “Tamadun” Jurji Zaidan:  seorang penulis Arab,  dalam bukunya yang berjudul Tarikh at-Tamaddun al-Islam (The History of Islamic Civilization) menggunakan perkataan “tamadun” bagi menunjukkan kemajuan.
PERISTILAHAN
  1. Dr. Muhammad Baki: Tamadun ialah segala usaha dan daya cipta yang membayangkan secara khusus daripada manusia dengan menggunakan akal, perasaan dan tingkah laku. 
  2. Syed Muhammad Naqiub al-Attas : Tamadun ialah keadaan kehidupan insan yang bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi masyarakatnya. 
  3. Abu Bakar Hamzah : Tamadun ialah sesuatu yang lahir dan kembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan- perkembangan yang lahir daripadanya, sama ada sesuatu yang berupa niskala (abstrak) mahupun yang berupa sekala (material). Tamadun Islam itu merupakan suatu tamadun yang telah diadun dalam bentuk antara bangsa. 
Sifatnya terbukti di dalam berbagai-bagai bidang kemajuan, terutama sekali dalam bidang kesenian, dan ini termasuk juga senibina. 

Berbagai-bagai bentuk hasil kesenian dan senibina adalah lahir daripada Tamadun Islam. 

Adunan ini berpandukan kitab perundangan Islam, iaitu al-Quran dan al-Hadis Ia adalah tamadun yang baru, melambangkan keperibadian Islam yang terus berkembang untuk memberi sumbangan terhadap kehidupan manusia keseluruhannya.

HUBUNGAN KEBUDAYAAN DENGAN TAMADUN 

Kebudayaan:
  1. Kebudayaan diertikan sebagai cara hidup. 
  2. Kebudayaan Islam bererti cara hidup Islam. 
  3. Kebudayaan Barat adalah cara hidup orang Barat. 
  4. Kebudayaan Islam adalah cara hidup Islam mengikut apa yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Hadis Nabi s.a.w.  
Tamadun: Tamadun adalah pencapaian hidup manusia mempunyai perkaitan dengan jasmani

Tamadun: seperti pertanian, perkilangan, perlombongan dan perindustrian

Tamadun: Sistem yang dapat mengatur aktiviti masyarakat ke arah mewujudkan keamanan, keadilan, serta kebenaran yang dapat menegakkan disiplin

Tamadun: dalam masyarakat seperti peraturan-peraturan pentadbiran, perundangan, harta benda, dan hal-hal keluarga. 

Tamadun: Tamadun merupakan kebahagiaan yang berkekalan dengan mengetahui hakikat diri dan alam sekitar, perpindahan ke alam barzakh. 

Ini adalah juga bersangkutan dengan pegangan dan kepercayaan dalam kewajipan yang telah digariskan oleh Syariat Islam. 

Tamadun Islam lahir di Makkah pada tahun 610M, serentak dengan kelahiran agama Islam dan perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasul Allah. 

Nabi Muhammad s.a.w berpindah ke Madinah pada tahun 623M, di sana tertubuhnya sebuah Kerajaan Islam yang dipimpin oleh baginda. 

Kerajaan Islam inilah yang telah menjadi pendorong dan sebab berkembangnya Tamadun Islam

Tamadun Parsi, Tamadun India, Tamadun Yunani, Tamadun Mesir dan Tamadun Romawi banyak mempengaruhi Tamadun Islam yang baru lahir melalui proses ijtihad.

Kebudayaan Barat adalah cara hidup Barat yang tidak tunduk kepada peraturan-peraturan tertentu

Orang Barat menganut agama Kristian tetapi kitab Injil dalam bentuknya yang asli dan murni sudah tidak lagi

Hal-hal agama yang berbentuk dasar pun terdapat perubahan-perubahan

Edward Burnett Taylor telah memasukkan "kepercayaan" sebagai satu daripada ciri-ciri kebudayaan.
Pada hal agama adalah sebagai teras kehidupan.

Konsep Tamadun Barat
Berbeza dengan kebudayaan Islam. 
Kerana agama Islam-lah yang melahirkan kebudayaan.

Konsep Tamadun Barat
Kebudayaan Islam adalah hasil  daripada agama Islam sendiri.


************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com





Kuliah 02 : Asas Dan CIri-Ciri Tamadun Islam

Asas Tamadun Islam

Tamadun Islam berasaskan kepada:
  1. Akidah
  2. Ibadah
  3. Syari’ah
  4. Akhlak
  5. Ilmu
AKIDAH

Akidah dalam Tamadun Islam


1. Akidah merupakan asas kelahiran Tamadun Islam.
2. Tamadun berasaskan tauhid.

Pengertian Akidah
Hassan al-Banna mengatakan Akidah adalah hal-hal yang berhubung dengan :
1. Kepercayaan.
2. Keyakinan di dalam hati.
3. Sehingga hati dan jiwa itu menjadi tenteram.

Akidah sebagai intisari Tamadun Islam:
1. Percaya kepada Allah SWT.
Allah SWT pencipta alam. Memberi ilham kepada manusia memajukan muka bumi sesuai dengan prinsip Khalifah Allah di muka bumi

2. Percaya kepada Malaikat.
Malaikat Jibril AS membawa wahyu kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada manusia menjadi panduan memakmurkan muka bumi.

3. Percaya kepada Rasul.
Nabi Muhammad SAW sebagai contoh atau uswah hasanah kepada umat manusia membangunkan muka bumi seperti membagunkan Yasrib sebagai Kota Madinah. Merangka perlembagaan Madinah / sohifah madinah.

4. Percaya kepada Kitab.
al Quran menjadi penduan kepada manusia membangunkan muka bumi dalam semua aspek kehidupan. Aspek sains, ekonomi, politik, pendidikan, astronomi, pelayaran dan sebagainya.

5. Percaya kepada Hari Kiamat.
Tamadun yang dibina oleh umat Islam mengambil kira hari akhirat. Keimanan kepada hari akhirat menjadikan umat Islam berhati-hati mentadbirkan muka bumi menurut perintah Allah SWT

6. Percaya kepada Qada dan Qadar.
Keyakinan kepada takdir menjadidikan umat Islam tidak berputus asa jika mereka dilanda musibah dan sentiasa bersyukur nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT


IBADAH
Semua aktiviti dalam pembangunan umat Islam dikira ibadah dan mendapat pahala di sisi Allah SWT jika dilakukan dengan ikhlas dan sentiasa menurut hukum yang telah ditetapkan di dalam al Quran dan al Hadith Rasulullah SAW

1. Dua kalimah syahadat.
Sahadat sebagai asas kepada individu bertamadun. Pengakuan yang menandakan tunduk dan patuh kepada Allah dan Rasul dalam kehidupan. Seorang muslim yang bertamadun sentiasa berada di dalam kalimah syahadat iatu sentiasa mengakui Allah sebagai tuhan yang disembah dan sebagai tuhan yang mencipta alam. Serta mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW sebagai pembawa wahyu kepada umatnya.

2. Solat.
Solat adalah asas kepada individu yang bertamadun. Mereka yang tidak mendirikan solat adalah tidak bertamadun kerana solat itu mencegah kemungkaran. Mengikut ajaran Islam orang yang melakukan kemungkaran adalah tidak bertamadun. Solat juga tandak syukur kepada Allah SWT yang mencipta dan memelihara kita. Orang yang tidak pandai bersyukur adalah tidak bertamadun.

3. Zakat.
Zakat adalah asas kepada individu dan masyarakat yang bertamadun. Melalui zakat pembangunan negara dapat ditingkatkan. Negara memerlukan modal untuk membangun dan mempertahankan negara dari sebarang ancaman.

4. Puasa.
Puasa adalah asas kepada insan yang bertamadun. Melalui puasa masyarakat dapat menahan daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa. Pusas juga melatih umat Islam menahan nafsu daripada melakukan kejahatan dan sentiasa bertimbang rasa. Masyarakat yang bertamadun adalah mereka yang pandai menjaga tatasusila dan menahan nafsu daripada rasuah, monopoli, riba, curang dan sebagainya.

5. Haji.
Melalui haji dapat membangunkan umat Islam dari sudut pergaulan antara bangsa, hubungan diplomatik, pembinaan kapal, sains teknologi dan sebagainya. 

SYARIAH

Dalam syariat Islam manusia yang bertamadun adalah sentiasa mengawas diri terhadap lima hukum:
1. Wajib
2. Sunat
3. Haram
4. Makruh
5. Harus

Manusia yang bertamadun sentiasa mengikut hukum berkenaan supaya sentiasa diredhai oleh Allah SWT.

Pengertian Syariah:
1. Syariah membawa maksud undang-undang Allah SWT
2. Mengatur hubungan manusia dengan Allah dan kedamaian di dunia
3. Bagi menyelamatkan mereka untuk mencapai kehidupan abadi di akhirat kelak
4. Itulah tujuan syari’at (Maqasid al Syari’ah) diturunan

Objektif Syariah (Maqasid syari’ah) boleh dibahagikan kepada tiga:
1.      Maqasid Dhururiyyah.
2.      Maqasid Hajiyah.
3.      Maqasid Tahsiniyah.

Maqasid Dhururiyyah
1. Asas bagi mencapai matlamat hidup manusia di dunia dan akhirat.
2. Ia merangkumi aspek:
a.      agama,    
b.      Jiwa/DIRI
c.      akal,
d.      keturunan dan
e.      Harta.

Maqasid Hajiyah
Bagi mendapat kelapangan dalam kehidupan.
Terbahagi kepada aspek aspek iaitu:
1. Muamalat
2. Jinayat
3. Munakhat

Maqasid Tahsiniyah
- Perkara-perkara yang dianggap terpuji didalam adat kehidupan dan pergaulan.
- Ia menjauhi suasana yang kurang baik.
- Merangkumi aspek-aspek seperti;
a.      Kehidupan
b.      makan,
c.      pakaian,
d.      musafir dan lain-lain.

AKHLAK
  1. Perkataan “akhlak” berasal daripada Bahasa Arab “khuluq”.
  2. Maksudnya budipekerti, perangai,  sikap atau tabiat seseorang.
  3. Akhlak Baik (Mahmudah) Seperti  jujur, sabar,  ikhlas, benar, pemurah, syukur dll
  4. Akhlak Buruk (Mazmumah) : Seperti hasad, riya, takabur, bakhil, ‘ujub, tamak dll
  5. Menurut iman al-Ghazali: Akhlak ertinya kebiasaan manusia yang tetap yang wujud dalam diri manusia.
PENGERTIAN AKHLAK DALAM TAMADUN ISLAM
  1. Untuk menghasilkan tingkah laku yang baik, tidak memerlukan pemikiran.
  2. Menurut perspektif Islam, baik dan buruk adalah menurut ketentuan syarak.
  3. Akhlak Islam hendaklah didasarkan kepada al-Quran,  al-Hadis dan pendapat Ulama.
ILMU

Pembahagian ilmu
1. Fardhu Ain
2. Fardhu Kifayah

Penjenisan ilmu:
1. Ilmu sepadu
2. Ilmu sekular

Sumber ilmu
1. Al Quran
2. Al Hadith
3. Ijtihd
4. Ilmu ‘Aqli (kajian) – kajian akal.
CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM

SEJAGAT
  1. Islam tidak terikat kepada bangsa tertentu atau tempat tertentu, sebaliknya kepada seluruh umat manusia
  2. Tamadun Islam dapat dilihat di mana-mana kawasan di seluruh dunia ini tanpa dibatasi sama ada oleh batasan politik, budaya, bangsa ataupun sempadan geografi moden
  3. Ini menjelaskan bahawasanya tamadun Islam amat bersesuaian di praktikkan dalam mana-mana negara di dunia ini bagi melahirkan negara yang bermaruah dan lebih di hormati di mata dunia.
TERBUKA
  1. Keterbukaan bermakna tamadun Islam yang dilahirkan dan dicipta itu tidak dibatasi oleh had-had tertentu tetapi ia masih diletakkan di atas garis panduan syariat Islam yang tetap dan berkembang selaras dengan perubahan masa.
  2. Tamadun Islam terbuka kepada semua tamadun yang tidak bercanggah dengan syariat Islam terutamanya dalam dialog antara tamadun atau interaksi antara tamadun.
  3. Keterbukaan ini menunjukkan wujudnya sifat toleransi dan tolak ansur bagi kepentingan bersama.
  4. Unsur-unsur tamadun selain Islam boleh diamalkan dan dikembangkan selagi tidak melanggar garis panduan syariat.
  5. Islam membenarkan dan menggalakkan penerusan sesuatu unsur tamadun yang membawa kebaikan selagi tidak menjejaskan hak orang lain dalam tamadun tersebut.
  6. Hal ini membuktikan tamadun Islam bukanlah bersifat terlalu estrim tanpa mempedulikan pandangan atau pendapat dari tamadun-tamadun lain.

SEPANJANG ZAMAN
  1. Perkembangannya bermula dengan turunnya wahyu pertama, Surah Al-'Alaq dan tidak pernah berhenti, kerana ia tidak dibatasi oleh ruang sempadan atau ruang waktu sehingga hari kiamat.
  2. Ianya juga akan terus berkekalan tanpa boleh diubah oleh apa-apa unsur sekalipun.
  3. Walaupun ianya telah diturunkan oleh Allah ribuan tahun yang lalu, ianya sentiasa terpelihara dan terus menjadi  panduan kepada seluruh umat manusia.

TOLERANSI
  1. Tamadun Islam pernah berkembang dalam dunia yang tidak dikenali, tetapi tetap mempertahankan toleransi.
  2. Masyarakat bukan Islam yang berada di bawah pentadbiran dan perkembangan tamadun Islam tidak dilarang untuk mengamalkan agama dan kepercayaan mereka… sebagai usaha untuk mengekalkan hubungan baik dalam masyarakat dan kepentingan kestabilan.
  3. Hasil dan keberkesanan dari sifat toleransi ini setiap masyarakat akan dapat meneruskan hak dan kepercayaan masing-masing selagi ianya membawa kebaikan kepada semua masyarakat tanpa memecah belahkan masyarakat.

KESATUAN
  1. Sebarang bentuk kemajuan dan pencapaian dalam tamadun Islam, dan dalam pelbagai bidang …
  2. Justeru itu tamadun Islam amat menitik beratkan hubungan antara makhluk dengan pencipta.
  3. Walaupun ada hubungan sesama makhluk dan alam sejagat, akhirnya semuanya kembali kepada Allah S.W.T. dan hubungun ini akan terus berkekalan sehingga akhirat
RABBANI
  1. Tamadun Islam didasari oleh nilai-nilai ketuhanan dan keagamaan.
  2. Hakikat keberadaannya di dunia ini adalah sebagai khalifah Allah yang diamanahkan untuk membangunkan setiap wilayah yang diduduki bagi memberi maafat kepada setiap penghuni bumi.
  3. Nilai-nilai agama  dan ketuhanan dimana ianya merupakan sumber,matlamat dan tujuan kehidupan ummat manusia yang berlandaskan ketetapan daripada Alah swt
  4. Ciri ini juga menjadi bukti semua bangsa adalah sama dalam masyarakat Islam. Pembezanya hanyalah iman dan takwa, bukan warna kulit, pangkat, keturunan dan kekayaan.
  5. Oleh itu, ciri ini merupakan tunggak utama Tamadun Islam dan asas perbezaan Tamadun Islam dengan tamadun lain.
WASATIAH
  1. Konsep keseimbangan dalam Tamadun Islam merangkumi kerohanian (spiritual) dan kebendaan (material)…
  2. tanggungjawab ibadat kepada Allah dan urusan kehidupan dunia, kepentingan individu dengan masyarakat dan keseimbangan nilai spiritual dengan material.
  3. Kesederhanaan pula bermaksud kehidupan yang tidak berlebih-lebihan sehingga membawa kemudratan seperti pembaziran dan kehidupan yang melampau tanpa mempedulikan batasan dalan larangan syariat.
UNIVERSAL
  1. Ini bermakna Tamadun Islam sesuai dengan segala bangsa dan situasi. Ia juga menepati keperluan dan peredaran zaman.
  2. Tamadun Islam berpegang kepada konsep ummah dan tidak disandarkan kepada sesuatu bangsa atau kawasan tertentu.
  3. Dengan ciri ini terbukalah ruang kepada semua bangsa di dunia untuk membentuk masyarakat Islam dan membina tamadun sejagat.
  4. Sistem pemerintahan sesebuah negara yang menerapkan kehidupan bertamadun berlandaskan ciri-ciri universal ini adalah dimana sistem pentadbirannya, bandar-bandar Islam stratifikasi sosial, perkembangan ilmu sains dan pendidikan, bangunan-bangunan yang mempunyai ciri Islam dan kesenian Islam.
REALITSTIK
  1. Islam sentiasa menekankan dan meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan dapat dicapai dengan mengawasi seluruh kegiatan manusia agar tidak bercanggah dengan ajaran Allah s.w.t.
  2. Ciri realistik ini mengambil kira kehidupan manusia di alam sejagat dengan kepercayaan bahawa alam sejagat merupakan suatu hakikat yang berlaku di dunia nyata. Dunia nyata adalah antara bukti kewujudan Allah SWT yang Maha Pencipta.
  3. Kehidupan manusia akan sentiasa terjamin dengan kesempurnaan Akhlak,akidah dan syariah untuk membentuk cara hidup yang lebih teratur dan lebih bermaruah berlandaskan apa yang telah disampaikan melalui wahyu Allah kepada Rasullullah S.A.W. Sebagaimana firman Allah Rasullullah diutuskan bagi  menyempurnakan Akhlak manusia sejagat
  4. Islam meliputi seluruh aspek kehidupan manusia termasuklah undang-undang (syariah), akidah, akhlak, hubungan dengan Allah S.W.T dan hubungan sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam.
  5. la juga meliputi sudut kenegaraan yang meliputi hubungan di peringkat antarabangsa, ilmu pengetahuan dan peribadatan.
  6. Bagi mengukuhkan fakta bahawasanya ciri-ciri tamadun Islam adalah sesuatu yang shumul ia sebenarnya membawa kebaikan,keberkatan dan kebaikan kepada semua makhluk selagimana  setiap makhluk manjaga hubungan baik antara makhluk dengan pencipta dan semesta Allah.

TETAP DAN ANJAL
  1. Prinsip yang tetap dan tidak berubah pada sasaran dan matlamat pembinaan tamadun, tetapi anjal dari sudut cara dan teknik pelaksanaanya.
  2. Ini bermakna Islam merupakan suatu yang tetap dan tidak berubah dari segi tujuan dan matlamat pembinaan tamadun manusia, tetapi anjal dari sudut cara dan teknik pelaksanaannya.
  3. Islam memberikan kebebasan kepada umatnya dari sudut untuk merealisasikan tamadun dengan mengambil kira matlamat yang harus dicapai bukan kemajuan kebendaan semata-mata dengan mengetepikan unsur kerohanian (spiritual).
TULISAN
  1. Peinttah membaca "Iqra'"
  2. Kewajipan menuntut ilmu pengetahuan
  3. Pengumpulan al Quran dan al Hadith
  4. Darul Hikmah

BANDAR
  1. Rasulullah menukar Yasrib kepada Madinah
  2. Sebagai pusat pentadbiran
  3. Pusat perniagaan
  4. Pusat ilmu pegetahuan

KOTA 
  1. Bangunan masjid
  2. Bangunan Bait al Mal
  3. Sekolah, Kolej, Universiti, Hotel

MASYRAKAT MAJMUK
  1. Persaudaraan
  2. Kejiranan
  3. Memuliakan tetamu
  4. Sama taraf
  5. Larangan 'asabiayah

SENI
  1. Bacaan al Quran secara taranum/lagu
  2. Laungan azan
  3. Pakaian yang tidak mendedahkan aurat
  4. Seni bina

SAINTIFIK
  1. Islam adalah agama yang logik
  2. Tamadun Islam berlandaskan ilmu pengetahuan
  3. Larangan mempercayai perkara khurafat

SISTEMATIK
  1. Sistematik dalam solat (tertib)
  2. Sistematik dalam membentuk keluarga dari peminangan hingga kepada perkahwinan
  3. Sistematik dalam kemasyarakatan
  4. Sistematik dalam pemerintahan


************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com


Kuliah 03 : Sumber dan Matlamat Tamadun Islam

Sumber Tamadun Islam
  1. Wahyu
  2. Al Quran
  3. Al Hadith
  4. Al Ijtihadi
  5. Ijma’ Ulamak
  6. Qiyas
Al Quran:

Pengertian
Al Quran ertinya bacaan.
Iaitu perkataan Allah swt yang diturunkan Kepada Nabi Muhammad saw melalui Jibril untuk disampaikan kepada manusia.

Kelebihan al Quran
  1. Merupakan mukjizat.
  2. Kekal hingga akhir zaman.
  3. Membacanya adalah ibadah.
  4. Merangkumi semua persoalan kehidupan.
  5. Menjadi ubat dan penawar.
  6. Menjadi rahmat kepada seluruh umat manusia.
Kanduangan al Quran
  1. Iman, ibadah, syariah, dan akhlak.
  2. Sejarah, falsafah, hikmah.
  3. Seni, Sains, teknologi.
  4. Persoalan dunia dan akhrat.
Al-Quran yang mengandungi lebih 6200 ayat dalam 114 surah membicarakan seluruh aspek
Antaranya ialah mengenai akidah, syariah, ibadah, akhlak, ckonomi, politik dan sosial

Allah menurunkan al-Quran untuk memastikan petunjukNya sampai kepada manusia sebagai petunjuk dan rahmat daripada Allah

Al Hadith
Al Hadith ertikan perkataan.
Iaitu perkataan, perbuatan dan pengakuan nabi saw terhadap sahabat.
Kedudukan al-Sunnah dalam pembahagian sumber ajaran Islam adalah berada di tempat yang kedua selepas al-Quran dan ia tidak memperkatakan (sesuatu Yang berhubung Dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. (surah al Najm:3)

Segala Yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu Yang diwahyukan kepadaNya. (surah al Najm:4)

…dan apa jua perintah Yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka Terimalah serta amalkan, dan apa jua Yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya... (al Hasyar:7)

Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya iaitu Kitab Allah dan Sunnah RasulNya (Hadis riwayat Malik)

Sumber Ijtihadi:
Sumber yang disepakati oleh para ulama sebagai sumber tafsiran ajaran Islam ialah Ijma’ Ulama’ dan Qiyas.

Ijma’ Ulama’
Ijmak ialah kata sepakat para mujtahid dari kalangan umat Muhammad s.a.w selepas kewafatannya mengenai sesuatu hukum syara'

…jika kamu berbantah-bantah Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu merujuk kepada al-Quran dan sunnah RasulNya... (al Nisa’:59)

Ijmak itu mestilah kata sepakat dari semua kalangan Mujtahidin semasa

Qiyas
Qiyas ialah meletakkan hukum ke atas sesuatu perkara yang masih belum ada hukumnya berdasarkan kepada perkara yang telah ada hukumnya dalam al-Quran atau pun al-Sunnah kerana terdapat persamaan dari segi illahnya

...maka ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) Wahai orang-orang Yang berakal fikiran serta celik mata hatinya (al Hasyar:2)

Sumber-sumber Yang Dipertikaikan

  1. a. Al-Istihsan
  2. b. Al-Masalih Al-Mursalah
  3. c. Syariat yang terdahulu
  4. d. Mazhab sahabat Rasulullah SAW
  5. e. Al-Istishab
  6. f. Sad al-Dhara'i'
  7. g. Al-'Urf


Matlamat Tamadun Islam

Matlamat Utama
Menjadikan Islam sebagai al din (cara hidup)
Yang mecakupi seluruh aspek kehidupan Dunia dan akhirat

Matlamat Tamadun Islam

Matlamat Umum
Hubungan dengan Allah SWT
  1.  Keimanan
  2.  Ibadah
  3.  Zikir
  4.  Doa
Hubungan sesama manusia
  1. Persahabatan
  2. Kejiranan
  3. Tetamu
  4. Kasih sayang
Hubungan dengan alam
  1. Binatang
  2. Tumbuhan
  3. Kebersihan

Matlamat Khusus
Itulah tujuan (Maqasid al Syari’ah) diturunan
1.      Maqasid Dhururiyyah.
2.      Maqasid Hajiyah.
3.      Maqasid Tahsiniyah.

Maqasid Dhururiyyah
Asas bagi mencapai matlamat hidup manusia di dunia dan akhirat.

Ia merangkumi aspek:
a.      agama,    
b.      jiwa,
c.      akal,
d.      keturunan dan
e.      Harta.

Maqasid Hajiyah
Bagi mendapat kelapangan dalam kehidupan seperti:-
1. Sistem Muamalat.
2. Undang-undang Jinayat.
3. Peraturan Munakhat.

Maqasid Tahsiniyah
- Perkara-perkara yang dianggap terpuji didalam adat kehidupan dan pergaulan.
- Merangkumi aspek-aspek seperti;
a. Kediaman.
b. Makan minum
c. Pakaian
d. Kenderaan dan lain-lain

Kewajipan memelihara
a.      agama
  1.  Agama untuk diri.
  2.  Agama untuk Keluarga.
  3.  Agama untuk orang bawah.
b.      jiwa Larang membunuh diri.
  1.  Larang merosakkan diri.
  2.  Perintah taubah
  3.  Perintah jaga kebersihan
c.      akal
  1.  Larangan mabuk.
  2.  Hindar dari ideologi karut.
  3.  Larangan khurafat
  4. Matlamat Tamadun Islam
  5. Kewajipan memelihara  
d.      keturunan
  1.  Larangan hampiri zina.
  2.  Galakkan berkahwin.
  3.  Pasangan yang beragama.
  4. Matlamat Tamadun Islam
  5. Kewajipan memelihara  
e.      Harta.
  1.  Kewajipan zakat.
  2.  Larangan bakhil.
  3.  Galakkan bersedekah.


************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com


Kuliah 04 : Persamaan Nilai Antara Tamadun

Persamaan Nilai Antara Tamadun

Nilai : mutu, harga, kualiti, darjat, ukuran, timbangan, dll


Setiap tamadun mempunyai nilai-nilai tertentu. Islam mempunyai nilai tersendiri berdasarkan al Quran dan al Hadith. Hanya nilai yang berteraskan al Quran dan al Hadith sahaja di terima oleh Allah SWT seperti dalam surah ali Imran ayat 19 bermaksud: 
"Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam"

Antara nilai-nilai yang terdapat di dalam Tamadun Islam ialah:
  1. Nilai Kepercayaan, agama
  2. Nilai Keilmuan, pendidikan
  3. Nilai Akhlak, etika
  4. Nilai Ekonomi, perniagaan, 
  5. Nilai Kerja, amal
  6. Nilai Kemanusiaan
  7. Nilai Sosial, kekeluargaan
  8. Nilai Politik, pemerintahan
  9. Nilai Alam sekitat
Nilai Kepercayaan
  1. Peranan agama dalam semua tamadun sangat penting kerana ia membantu memantapkan struktur sosial sesuatu tamadun. 
  2. Semua tamadun sama ada berasaskan kepercayaan agama samawi atau budaya, tetap menjunjung tinggi nilai keagamaan.
  3. Bahkan dari agama inilah yang menyebabkan lahirnya kebudayaan dan sains. 
  4. Nilai kepercayaan dalam tamadun Islam adalah tamadun yang menekankan persoalan ketuhanan yang bersumberkan wahyu. 
  5. Agama juga memberi tenaga, fikiran dan penggerak kepada pembangunan sesebuah tamadun.
Nilai KEILMUAN
  1. Semua tamadun menerima kepentingan ilmu pengetahuan dalam pembangunan dan pembinaan sesebuah tamadun. 
  2. Bangsa yang menekankan penerokaan dan penguasaan ilmu pengetahuan akan dapat mewujudkan tamadun yang gemilang.
  3. Dalam Tamadun Islam keutamaan ilmu jelas dirakamkan di dalam wahyu yang pertama diturunkan dalam surah al-Alaq :1-5.
Umat Islam perlum mempunyai kesedaran tentang kewajipan menuntut ilmu kerana tanpa ilmu umat Islam tidak akan maju sedangkan umat Islam diibaratkan oleh Allah sebagai ‘ummah wasatan’iaitu umat yang mampu meneroka dan membangun alam ini dengan ilmu yang dipelajari.

NILAI AKHLAK
  1. Akhlak dalam Islam merupakan sistem nilai yang menjamin kehidupan yang beretika. 
  2. Tanpa akhlak mulia kehidupan manusia akan menjadi lebih huru-hara dan mementingkan diri sendiri.
  3. Oleh itu perutusan Rasulullah adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia, sabda baginda:- maksudnya  “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”
  4. Antara faktor perutusan Nabi Muhammad s.a.w sebagai seorang rasul ialah untuk menyempurnakan akhlak manusia.
  5. Akhlak Islam bersifat syumul iaitu merangkumi hubungan manusia dengan Allah s.w.t, sesama manusia dan makhluk lain juga termasuk alam sekitar.
NILAI EKONOMI
  1. Nilai ekonomi atau kebendaan menjadi matlamat utama, pada kebanyakan tamadun khususnya Barat sehingga menghalalkan semua perkara bagi mencapai matlamat nilai kebendaan.
  2. Berbeza dengan Islam di mana nilai ekonomi perlu berlandaskan syariat iaitu mengambil persoalan hukum halal dan haram serta mendapatkan keredhaan Allah. 
  3. Manusia merupakan pemegang amanah dan bukan pemilik harta secara mutlak. 
  4. Harta dan kebendaan hanya alat untuk mencapai keredhaan Allah.
NILAI KERJA
  1. Nilai kerja bermaksud etika atau budaya kerja. Nilai kerja tamadun atau masyarakat Barat melihat kepada keuntungan dari segi kebendaan berbanding etika kerja sebenarnya. 
  2. Masyarakat Jepun dan Korea yang sering dikaitkan dengan nilai kerja yang penuh berdisiplin dan beretika namun ia tetap terarah kepada kepentingan dan keuntungan dunia.
  3. Berbeza dengan Islam, nilai kerja hendaklah berlandaskan tuntutan syariat dan mencari keberkatan daripada Allah s.w.t.
  4. Bekerja memenuhi keperluan hidup secara halal merupakan amalan mulia dan dianggap sebagai ibadah apabila memenuhi syarat-syarat berikut:-
  5. Dilakukan dengan niat kerana Allah
  6. Kerja - menepati kehendak syarak dan penuh tanggungjawab
  7. Menjauhi larangan Allah dalam melaksanakan tugas
  8. Tidak melalaikan dan meninggalkan ibadah khusus.
NILAI KEMANUSIAAN
  1. Nilai kemanusiaan merupakan nilai yang mementingkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan manusia. 
  2. Nilai ini tidak akan wujud melainkan sebuah kelompok masyarakat itu memahami hakikat kejadian manusia secaramenyeluruh.
  3. Nilai kemanusiaan dalam Islam merupakan yang perlu dipupuk dan nilai kebendaan hanya sebagai nilai tambah.
  4. Tamadun Islam adalah diasaskan atas dasar masyarakat yang meletakkan nilai kemanusiaan yang mengamalkan sifat bertimbangrasa, lemah lembut, kasih sayang, adil dan sebagainya.
NILAI KEKELUARGAAN
  1. Malek Bennabi (1905 – 1973) penulis Algerian : membina masyarakat yang berperadaban dan untuk itu ia bermula dengan pembentukan keluarga. 
  2. Keluarga yang dimaksudkan lazimnya keluarga yang mempunyai hirarki kuasa yang menentukan kedudukan kaum wanita dan lelaki.
  3. Menurut Konfusius, kesetiaan dan pertalian yang erat merupakan konsep kekeluargaan yang terpenting. 
  4. Pengabaian terhadap konsep kekeluargaan bermakna penafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan.
  5. Konsep kekeluargaan dalam Islam pula mementingkan kasih sayang dan saling hormat-menghormati.
  6. Ini bermakna kedudukan wanita dan lelaki bukanlah menjadi persoalan utama, tetapi setiap mereka mestilah menunaikan tanggungjawab masing-masing.
NILAI POLITIK, PEMERINTAHAN

  1. Nabi Muhammad SAW adalah sebaik-baik pemimpin.
  2. Banginda telah menunjukkan contoh teladan yang baik dalam kepimpinan.
  3. Kepimpinan Islam diteruskan oleh sahabat baginda setelah kewafatannya.
  4. Kepimpinan Islam adalah berasaskan al Qurah dan al Sunnah.
  5. Keadilan adalah perinsip utama dalam pentadbiran Islam


NILAI ALAM SEKITAR
  1. Pemuliharaan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima oleh semua agama kerana alam sekitar dianggap sebagai anugerah tuhan.
  2. Dalam Islam, manusia sebagai khalifah Allah berkewajipan memelihara alam dari sebarangn kerosakan. 
  3. Begitu juga dalam ajaran agama-agama lain. Ada sesetengah tamadun lain memelihara alam sekitar sehingga alam sekitar disembah.





************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com




Kuliah 05 : Interaksi Antara Tamadun

Interaksi Antara Tamadun

Terdapat beberapa faktor interaksi yang berlaku antara tamadun, antaranya ialah:
  1. Faktor Sosial - perkahwinan, keluarga, masyarakat
  2. Faktor Agama - keyakinan, kepercayaan, ideologi
  3. Faktor Politik - pemerintahan, diplomatik
  4. Faktor Sains dan teknologi - pendidikan, penyelidikan
  5. Faktor Budaya - sistem hidup, ziarah, pelancongan
  6. Faktor Peperanan - jihad, penghapusan ethnik, pemberontakan
  7. Faktor Ekonomi - perdagangan, perusahan
  8. Faktor Geografi - perhubungan, pengangkutan
FAKTOR SOSIAL
  1. Perkahwinan di kalangan raja dan para pembesar bertujuan mengadakan hubungan antara negara
  2. Terdapat raja-raja yang lemah mengahwinkan anak perempuan mereka untuk menguatkan kedudukan
  3. Hubungan China dieratkan dengan perkahwinan Raja Melaka dengan Puteri Hang Li Po
FAKTOR AGAMA
  1. Ajaran agama mendorong manusia - menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
  2. Islam merupakan agama yang bersifat terbuka iaitu menerima kebaikan daripada agama lain selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam.
  3. Sebagai contoh, walaupun kerajaan Islam dapat mengekalkan kuasanya selama 7 abad di Andalusia tetapi tidak pernah mendiskriminasi penduduknya yang beragama Kristian dan Yahudi malah diberi peluang turut serta membangunkan ekonomi, ilmu pengetahuan dan perdagangan.
FAKTOR POLITIK
  1. Ada hubungan diplomatik di antara negara Arab, Greek, Parsi, Habsyah dan India.
  2. Perlembagaan Madinah memperlihatkan hubungan politik antara kerajaan Islam pimpinan Islam pimpinan Rasulullah s.a.w. dengan pelbagai kabilah.
  3. Hubungan diplomatik antara Melaka dengan Cina. Maharaja Yung Lo bertanggungjawab mengadakan hubungan diplomatik dengan Melaka pada abad ke 15. 
FAKTOR SAINS DAN TEKNOLOGI

  1. Hubungan Andalus dengan Eropah dalam sains dan teknologi
  2. Wujudnya pusat-pusat penterjemahan karya Arab ke dalam bahasa Eropah 
  3. Islam mempelajari pembuatan kertas dari China
  4. China mempelajari pembuatan gula dari India
  5. Pemindahan teknologi
  6. Dasar pandang ke Timur

FAKTOR KEBUDAYAAN

  1. Masyarakat yang berhijran ke negara lain membawa cara hidup mereka
  2. Sebab kemiskinan juga menjadi faktor dapat menerima budaya asing
  3. Meniru gaya hidup asing dari sudut pakaian, makanan, tempat tinggal dan lain-lain
  4. Budaya positif mudah mempengaruhi masyarakat asing


FAKTOR EKONOMI
  1. Zaman awal wujud pusat-pusat perdagangan antarabangsa. Mekah, Saba’ dan Tadmur
  2. „Penduduk Saba’ menguasai jalan laut ke negeri China.
  3. Catatan sejarah China menyebut orang Saba’ adalah pelaut pertama mengharungi Laut Hind
  4. Interaksi perdagangan yang berlaku antara Arab dan Cina melalui jalan darat dan laut.
  5. Hubungan ini terjalin sejak abad ke 3 Masehi. Pedagang Arab dan Parsi telah membina penempatan mereka di Canton malah mereka turut membina masjid di Guangzhou.
  6. Ini membuktikan berlakunya proses Islamisasi di wilayah tersebut.
  7. Hubungan pedagangan juga berlaku antara pedagang Arab dengan penduduk Alam Melayu
  8. Iaitu apabila mereka singgah di beberapa pelabuhan penting di kepulauan Melayu seperti Melaka sebelum meneruskan perjalanan ke Cina.
  9. Kemunculan sesebuah tamadun juga boleh dikaitkan dengan rangsangan keagamaan dan kerohanian.
FAKTOR GEOGRAFI
  1. Kelahiran sesebuah tamadun banyak didorong oleh kedudukannya yang strategik yang memungkinkan penempatan masyarakat memperoleh sumber-sumber semula jadi untuk keperluan hidup.
  2. Faktor lokasi ini adalah merujuk pada kesesuaian yang dilihat menggalakkan kemunculan tamadun Cina di Lembah Hwang Ho
  3. Tamadun Mesopotamia di Lembah Tigris, tamadun Mesir di Lembah Sungai Nil dan tamadun Melayu Melaka di pinggiran Selat Melaka.
  4. Kebiasaannya kawasan yang terbuka bentuk kawasan geografi seperti kawasan yang menjadi laluan perdagangan bersifat lebih terbuka dalam orientasi ketamadunannya.
  5. Ini menyebabkan sesebuah tamadun itu terdedah kepada tamadun luar.
  6. Sebagai contoh melalui jalan laut orang Arab merentasi laut Arab ke benua India, kepulauan Melayu hingga ke Canton, Cina.
FAKTOR PEPERANGAN
  1. Islam adalah agama jihad
  2. Kewajipan mengembangkan ajaran Islam adalah tuntutan agama
  3. Peperangan menyebabkan musuh dapat menerima Islam tanpa paksaan
  4. Peperangan dunia juga menyebabkan berlakunya hubungan antara bangsa
  5. Arab dengan Rom dan Parsi berlaku zaman awal perkembangan Islam
  6. Penaklukan Islam terhadap India dan China 
  7. Monggol menyerang orang Islam di Baghdad
  8. Kristian dengan Islam dikenali sebagai Perang Salib
  9. Penjajahan Barat terhadap negara-nega

KESAN INTERAKSI

KESAN POSITIF

  1. Agama berkebang dengan baik
  2. Dakwah dapat berjalan dengan aman
  3. Masyarakat dapat beramal ibadah dengan sempurna
  4. Keamanan serantau
  5. Kemajuan dalam perniagaan dan perusahan
  6. Kemajuan dalam sains dan teknologi
  7. Masyarakat majmuk / metropolitan
  8. Kaya cara hidup dalam kepelbagaian budaya
  9. Perkembangan ilmu pengetahuan
  10. Perkemgangan dalam seni


KESAN NEGATIF

  1. Peperangan
  2. Permusuhan
  3. Rusuhan
  4. Penghapusan ethnik
  5. Berpuak-puak
  6. Ketegangan hubungan kaum
  7. Kemunduran dalam ekonomi
  8. Kemusnahan alam sekitar
  9. Penularan wabak penyakit



************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com




Kuliah 06 : Kedatangn Islam Ke Alam Melayu

Bab 2 : Islam Di Alam Melayu

Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

Proses Pengislaman
  1. Abad ke-7 —13 M kebanyakannya dijalankan oleh orang-orang Arab sendiri. 
  2. Abad ke-13 M dan seterusnya yang dijalankan oleh mubaligh-mubaligh India, Arab dan juga orang-orang tempatan. 
Aliran pemikiran
  1. Perubahan luaran: antara 1200-1400M bidang Fiqhiah (hukum hakam) banyak berperanan sedangkan konsep Tauhid masih kabur.
  2. Perubahan jiwa: Pada tahun 1400-1700M di samping meneruskan proses fiqhiah didedahkan ilmu Tasawuf (ilmu menyuci hati) dan Tauhid
  3. Tahun 1700 M dan seterusnya, di samping menyambung tahap-tahap (1) dan (2) di atas, maka diteruskan dengan menghadapi ideologi-ideologi perosak iaitu Westernisation (pembaratan), Rasionalisme (logik), Individualisme, sekularisme dan libralisme (semua agama sama sahaja).
Faktor Kedatangan Islam ke Nusantara
  1. Faktor perdagangan telah membawa orang-orang Arab ke Nusantara, iaitu sejak zaman Jahiliah lagi.  
  2. Kegiatan-kegiatan dakwah Islamiah pada peringkat awalnya adalah dilakukan oleh orang-orang Arab sendiri. 
  3. Missi-missi dakwah Islamiah ke Nusantara telah bermula sejak zaman Rasulullah SAW lagi, dan semakin diperhebatkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz. Semuanya ini berlaku sepanjang abad pertama Hijrah lagi. 
Teori-Teori Kedatangan Islam
Beberapa teori telah dikemukakan tentang asal-usul Agama Islam di Nusantara sama ada ianya datang melalui:-
  1. India 
  2. China atau
  3. Terus dari Arab atau Parsi. 
Teori dari India
  1. Van Ronkel berkata Islam dibawa dari India Selatan alasannya bentuk-bentuk popular Islam seperti ciri-ciri mistik, sastera roman dan sebagainya di Indonesia itu adalah berasal dari India Selatan.
  2. Moquette  pula mengemukakan bukti tentang adanya kesamaan batu-batu nisan di Pasai (1428) dan di Gerisek (1419) dengan batu nisan di Gujerat. 
  3. G.E. Morrison berpendapat Bengal-lah yang lebih dulu menerima Islam dari Gujerat iaitu setelah ditawan oleh orang-orang Islam sejak awal abad ke-13 M  
Teori dari India
  1. Gujerat bermazhab Hanafi, sedangkan Nusantara seperti Bengal yang bermazhab Shafie. Sebab itu Bengal lebih menasabah dari Gujerat sebagai tempat kedatangan Islam. 
  2. Ada yang mengatakan Islam dibawa dari pantai Malabar (Coromandel), sebab kawasan ini menganut mazhab Shafie. 
  3. Dikatakan Fakir Muhammad berasal dari Malabar dan mengislamkan Merah Silu (Malikus-Salleh) di Pasai. Hamka mengatakan Malabar hanya tempat persinggahan Syeikh Ismail yang diutus oleh Sharif Makkah untuk mengislamkan Merah Silu. 
Teori dari China/Indochina
  1. Syed Naguib Al-Attas berkata pemberontakan di Canton pada tahun 877M (263H) mengorbankan lebih 120,000 kebanyakannya beragama Islam (Arab dan Parsi) menyelamatkan dirinya dengan berhijrah ke Kalah (Kedah).
  2. S.Q. Fatimilah berkata adanya kerajaan Bani Champa (1000-1471M) merupakan pelarian Syiah Alawiyah dari Damshik. Hujahnya ialah Batu Bersurat di Terengganu tarikh 1303M yang menyamai batu nisan di Champa Selatan.   
Teori dari China/Indochina
  1. S.Q Fatimi mengatakan ada persamaan nisan Fatimah binti Maimon 1082M di Leran, Jawa Timur dengan batu-batu nisan di Phan-rang, Champa Selatan 1039M dan 1035M. 
  2. Batu Bersurat di Teluk Cik Munah, Pahang yang tarikhnya dikatakan 419H (1028M), iaitu lebih awal dari Batu Bersurat di Terengganu yang bertarikh 702 H (1303 M) itu. Bukti ini dapat juga menunjukkan bahawa kemungkinan Islam masuk melalui Pantai Timur dari China atau Indochina. 
Teori dari Arab/Parsi
  1. Bukti untuk menguatkan teori ini tidaklah sukar dicari, memadai dengan meninjau kegiatan pedagang-pedagang Arab di kawasan Asia Tenggara 
  2. Kata Wang Gungwu dan C.A. Majul sejak pedagang-pedagang Arab memonopoli kegiatan-kegiatan perdagangan dari India dan Mesir, mereka mulai menguasai perdagangan 'Nanhai' (Asia Tenggara). 
Hujjah Syed Muhammad Al-Naguib Al-Attas
  • Hasil kesusasteraan keagamaan yang telah merujuk kepada sumber-sumber tulisan lama Islam
  • Mubaligh-mubaligh lama Islam di daerah ini terdiri dari orang-orang Arab atau Arab/Parsi seperti yang ternyata pada gaya nama dan gelaran mereka masmg-masing.  
  • Kandungan faham keagamaan yang dibawa oleh mereka adalah bersifat Timur Tengah, bukan India seperti 
    1. penghuraian akidah, 
    2. Ilmu Tasawuf, 
    3. bentuk tulisan Jawi, 
    4. nama gelaran bagi hari-hari mingguan, 
    5. cara melafazkan Al-Quran 
Hujjah Hamka
  1. Pengislaman ke negeri-negeri Melayu adalah langsung dari Makkah iaitu dengan terutusnya Syeikh Ismail oleh Sharif Makkah yang singgah di Malabar untuk mengambil 'Fakir Muhammad' (keturunan Abu Bakar Al-Siddiq) menyertainya ke Nusantara utk mengislamkan Merah Silu. 
  2. Pengislaman Parameswara dilakukan oleh Sayyid Abdul Aziz yang datang dari Jeddah.  
  3. Hujjah Hamka
  4. Pengislaman di Acheh dirintis oleh Syeikh Abdullah Arif yang datang dari Tanah Arab bersama muridnya Burhanuddin. 
  5. Maulana Malik Ibrahim (salah seorang Wali Songo) yang turut mempelopori penyiaran Islam di Jawa adalah keturunan Ali Zainal Abidin, cucu Sayidina Ali bin Abi Talib. 
  6. Susan Gunung Jati atau Sharif Hidayatullah salah seorang Wali Songo yang turut mengembangkan Islam di Jawa juga dikatakan keturunan bangsawan Quraisy.  
  7. Pengislaman Raja Kedah seperti tersebut dalam Hikayat Merong Mahawangsa dilakukan oleh Syeikh Abdullah Yamani, seorang ulama Arab. 
  8. Pengislaman di Sukadana, Kalimantan dilakukan oleh Syeikh Shamsuddin dari Makkah. 
  9. Sampai kini Raja-Raja Brunei menganggap bahawa nenek-moyang mereka adalah bangsa Arab, keturunan Nabi.  
  10. Kemasukan Islam ke Mindanao dimulai oleh keturunan-keturunan Sharif dari Makkah, seperti Sharif Kebungsuan yang datang dari Johor 
  11. Pengislaman di Pulau Sulu diusahakan oleh Sayyid Abdul Aziz yang mengislamkan Parameswara.
  12. Sezaman dengan tegaknya kerajaan Samudera-Pasai dengan kerajaan Mameluk di Mesir yang menganut mazhab Shafie. 
Faktor-Faktor Perkembangan Islam

Terdapat beberapa faktor perkembangan Islam di Nusantara, antaranya:
  1. Faktor kandungan ajaran Islam sendiri.
  2. Faktor hikmah atau cara penyampaian.
  3. Faktor Pendakwah.
  4. Faktor Masyarakat.
  5. Faktor Hidayah.
Faktor kandungan ajaran Islam sendiri.
  1. Ajaran Islam yang mudah difahami
  2. Mudah pula diamalkan
  3. Pokok ajaran Islam terletak kepada konsep Tauhid
  4. Tidak berbelit-belit agama-agama lain. 
  5. Islam tidak membezakan seseorang individu dengan individu lain. 
  6. Islam juga mudah diterima kerana ada persamaan setengah nilai-nilai tempatan seperti mistik Melayu dengan Tasawuf Islam.
Faktor hikmah atau cara penyampaian.
  1. Firman Allah s.w.t.  Terjemahan: Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk. (Surah al Nahl:125).  
  2. Supaya mudah menendekati penduduk-penduduk Nusantara, pendakwah-pendakwah terpaksalah berbicara dalam bahasa yang mudah difahami.
  3. Bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca juga dibuat atas dasar persamaan sifatnya dengan bahasa Arab sendiri.  
  4. Melalui bahasa Melayu itu, timbullah ulama-ulama yang giat berdakwah melalui tulisan. Maka terkenallah nama-na- ma seperti Hamzah Al-Fansuri, Nuruddin Al-Raniri, Bukhari, Al-Jauhari, Shamsuddin Al-Sumatrani, Abdul Rauf Singkel dan lain-lain. 
  5. Melalui karya-karya merekalah agama Islam dapat tersiar dengan lebih meluas dan pesat. Semuanya dengan menggunakan bahasa Melayu, iaitu bahasa Islam di rantau ini.  
  6. Khusus di Tanah Jawa penyiaran Islam tidak dapat dilakukan melalui bahasa Melayu, maka untuk mendekati mereka, terpaksalah para-para mubaligh bertolak-ansur dengan sebahagian cara hidup mereka. Dengan itu lahirlah mubaligh-mubaligh di Jawa yang lebih terkenal dengan gelaran 'Wali Songo'. Antara wali-wali sembilan yang sangat berjaya dalam penyiaran Islam secara pewayangan ini ialah Sunan Giri dan Sunan Bonang.  
  7. Penyesuaian bentuk-bentuk wayang tradisi Jawa dengan wayang Islam berlaku baik dalam bentuk mahupun isinya disesuaikan dengan semangat Islam. Misalnya cerita-cerita Pandawa Lima merupakan simbol Rukun Islam yang lima, atau Lima Waktu Solat. 
  8. Penaklukan di Nusantara lebih bermotif politik atau ekonomi sedangkan Islam hanya tersebar secara tidak langsung saja. 
  9. Penaklukan oleh kerajaan Melaka atau Acheh bukannya untuk menyebarkan Islam tetapi implikasinya Islam lalu tersebar ke negeri-negeri taklukannya. 
Faktor Pendakwah
  1. Islam adalah agama dakwah
  2. Tugas berdakwah bukannya hak sesuatu pihak
  3. Setiap Muslim wajib berdakwah sekadar kesanggupan
  4. Firman Allah s.w.t  Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang Yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang Dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang Yang benar (pengakuan imannya). (Surah al Hujurat:15).
  5. Dituntut agar dibentuk sekumpulan orang yang khusus bertugas untuk berdakwah tanpa mengenepikan peranan pihak-pihak lain. Terjemahan:  Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya. (Surah ali Imran:104).
  6. Terdapat golongan pendakwah 'profesional' dan 'sambilan' yang menimbulkan teori mubaligh (missionary theory) sebagai salah satu faktor perkembangan Islam.
  7. Di antara pendakwah yang profesional itu seperti Syeikh Ismail yang diutus khas oleh Sharif Makkah ke Samudera, Sayyid Abdul Aziz, seorang makhdum dari Jeddah yang mengislamkan Parameswara, Syeikh Abdullah Yamani, seorang ulama Makkah yang mengislamkan Raja Kedah dan sebagainya. 
  8. Peranan ahli-ahli Sufi dalam penyebaran Islam di Nusantara yang paling terkenal sekali ialah 'Wali Songo' yang dikatakan sangat berjasa di Jawa itu.
  9. Terdapatlah para pedagang yang juga berperanan sebagai pendakwah.
  10. Hubungan perdagangan yang erat antara Jawa dengan Melaka.
  11. Hubungan inilah yang menimbulkan semacam anggapan bahawa "tanah Jawa diislamkan oleh Melaka".
  12. Perang Salib (1097-1292) pedagang-pedagang Islam semakin ghairah malah berlumba-lumba untuk menyiarkan Islam.
Faktor Masyarakat
  1. Pendakwah yang baik ialah yang dapat memahami corak masyarakat.
  2. Kejayaan besar dakwah Islamiah di Nusantara adalah disebabkan para pendakwah yang pintar.
  3. Mereka sedar bahawa masyarakat feudal Melayu sangat dihormati.
  4. Apabila raja-raja mereka sudah memeluk Islam, maka rakyat pun berbondong-bondonglah mengikuti jejak raja.
  5. Faktor perkahwinan diraja juga sangat berkesan dalam menyebarluaskan Islam.
  6. Masyarakat
  7. Perkahwinan Parameswara dengan puteri raja Pasai, atau perkahwinan puteri-puteri raja Melaka sendiri dengan raja-raja di tanah jajahannya
  8. Sebagai suatu ikhtiar agar para-para pedagang terus menetap di dalam negerinya, mereka digalakkan berkahwin dengan puteri pembesar-pembesar tempatan.
  9. Walaupun motif ekonomi tetapi implikasinya sangat penting dari segi perkembangan Islam.
Faktor Hidayah
  1. Walau bagaimana pun faktor HIDAYAH itulah yang menentukan segala-galanya.

Fahaman jahiliah di Nusantara;
  1. Zaman Pra Islam
  2. Animinsma
  3. Hindu
  4. Budha
Perubahan dalam aspek:
  1. Akidah
  2. Ibadah
  3. Syariat
  4. Akhlak
Nusantara sebelum kedatangan Islam
  1. Masyarakat tempatan sedikit banyaknya telah dicorakkan oleh pengaruh-pengaruh Hindu.
  2. Golongan bangsawan sajalah yang menganuti agama Hindu dengan bersungguh-sungguh.
  3. Masyarakat umumnya, mereka lebih asyik kepada sifat kesenian daripada sifat falsafah, sejajar dengan bawaan asli mereka sendiri.
  4. Agama Buddha kurang kesannya kecuali bidang kesenian seperti terjelma pada candi Borobodur itu.
  5. Faktor bahasa juga menghalang pengaruh Hindu atau Budha secara meluas.
Munculnya zaman Baru di Nusantara
  1. Timbulnya Zaman Pertengahan di Eropah disebabkan kebangkitan Islam di Asia Barat.
  2. Kehancuran Zaman Pertengahan dan timbulnya Zaman Renaissance sebagai asas Zaman Moden di Eropah
  3. Ini berlaku kerana wujud perhubungan mereka dengan tamadun Islam
  4. Hal yang sama berlaku di Nusantara
  5. Pengaruh Islam di Nusantara telah menyebabkan berlakunya proses Islamisasi.
  6. Kebanjiran istilah-istilah Arab turut merubah world-view orang-orang Melayu
  7. Kedatangan Islam bukan hanya bermakna kedatangan suatu agama dan suatu bahasa, bahkan dari segi sosialnya, terbentuk pula suatu konsep bangsa yang dinamakan bangsa Melayu.
  8. Dari segi politik tertubuhnya kerajaan-kerajaan Melayu-Islam iaitu di Pasai, Acheh, Demak dan sebagainya.
  9.  Islam berjaya pula meninggalkan kesan-kesan di dalam sistem perundangan Melayu
  10. Dari segi ekonominya pula, kedatangan Islam ternyata sekali membawa revolusi besar dalam perdagangan
  11. Kedatangan Islam-lah maka kegiatan-kegiatan perdagangan meluas sehingga tidak lagi terbatas di Lautan India, bahkan sampai menjangkau Laut Merah, ke Laut Parsi, ke Laut Meditteranean, dan seterusnya ke pelabuhan-pelabuhan Eropah.
  12. Kedatangan Islam menjadi punca kehidupan masyarakat Kepulauan Melayu telah beralih dari India ke Timur Tengah
  13. Semua perubahan-perubahan yang berlaku ini menyebabkan timbulnya suatu Zaman Baru
  14. Sumbangan Islam Kepada Tamadun Melayu
  15. Sebelum kedatangan Islam penduduk di Nusantara umumnya beragama Hindu.
  16. Islam memperkenalkan sistem zakat, fitrah, sedekah, kafarah, wakaf dan sistem Baitulmal yang merupakan fenomena baru dalam masyarakat Melayu
  17. Kedatangan Islam telah membuka fikiran orang Melayu maka lahirlah rasionalisme dan intelektualisme dalam masyarakat Melayu
Sumbangan Islam Kepada Tamadun Melayu
  1. Kelahiran unsur rasionalisme menjadi cabaran kepada unsur khurafat, dongeng,  khayalan, fantasi, dewa-dewa dan pari-pari.
  2. Kedatangan Islam mendorong ke arah penghayatan ilmu pengetahuan dan daya berfikir menyebabkan lahirnya buku-buku ilmiah.
  3. Agama Islam dengan semangat jihadnya memberi inspirasi untuk menyintai tanahair
  4. Islam berperanan menyatupadukan tenaga politik setempat menentang penjajah dari Barat.
Ciri-ciri Sosial Islam di Nusantara
  1. Wujud persaudaraan di dalam sebuah-sebuah kampung.
  2. Masjid merupakan tempat tumpuan terutama pada hari-hari Jumaat
  3. Masjid merupakan balai permesyuaratan
  4. Ciri-ciri kebudayaan Islam di Nusantara
  5. Agama mendapat tempat yang begitu baik
  6. Melahirkan keamanan
  7. Kesejahteraan
  8. Bersatu padu
  9. Kasih sayang
  10. Islam sebagai agama yang menggalakkan perkembangan ilmu
Ciri-ciri kebudayaan Islam di Nusantara
  1. Pusat-pusat pendidikan Islam didirikan
  2. Masjid
  3. Surau
  4. Sekolah agama
  5. Quran
  6. Fekah
  7. Tasawuf
  8. Bahasa Arab dan lain-lain lagi.
  9. Ciri-ciri kebudayaan Islam di Nusantara
Ciri-ciri Undang-Undang Islam di Nusantara:
  1. Undang-undang Islam Mazhab Shafie
  2. Pengaruh undang-undang Islam
  3. Undang-undang Luaran di Filipina
  4. Hukum Kanun Melaka di Semenanjung Tanah Melayu.
  5. Undang-undang adat terpengaruh dengan undang-undang Islam.




************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com




Kuliah 07 : Pengaruh Islam Di Alam Melayu dan Tamadun Malaysia


Bab 2 : Islam Di Alam Melayu

Pengaruh Islam Di Alam Melayu dan Tamadun Malaysia

Bidang politik
  1. Sistem Kesultanan Melayu Melaka. 
  2. Negeri-negeri yang lain seperti Terengganu dan Pahang. 
  3. Undang-undang Melaka
  4. Hukum Kanun Melaka
  5. Undang-undang Pahang 1592
  6. Kerajaan Aceh menjalankan undang-undang Islam
Bidang sosial
  1. Islam telah memperkenalkan konsep sama rata
  2. Wujud unsur demokrasi sebagai ganti sistem kasta Hindu
  3. Islam telah menghapuskan semangat kedaerahan
  4. Islam membentuk perpaduan melalui konsep ummah
  5. Proses perpaduan dicapai melalui perlakuan ibadat 
Bidang ilmu pengetahuan
  1. Apabila memeluk agama Islam mereka mempelajari Quran
  2. Tujuan menunaikan fardu sembahyang
  3. Tahap ini digalakkan belajar membaca
  4. Diikuti pula dengan proses pembelajaran
  5. Penulisan bahasa Melayu menggunakan huruf Quran
  6. Buku-buku mengenai agama Islam dikarang
  7. Lahirlah institusi-institusi agama Islam
    • Madrasah 
    • Surau
    • Masjid
    • Pondok
    • Langgar
    • Rangkang
    • Pesantren (Pulau Jawa disamakan dengan universiti Islam)
    • Pengajian agama Islam serta penulisan yang bercorak keislaman telah menggalakkan perkembangan bahasa Melayu
Pengaruh Islam Di Alam Melayu - Kesusasteraan
Zaman permulaan Islam pendakwah telah menulis
Risalah agama mengenai rukun iman rukun Islam
Ditulis berkenaan cerita-cerita
  1. Hikayat Nur Muhammad
  2. Hikayat Makjizat Nabi
  3. Hikayat Nabi Bercukur
  4. Hikayat Nabi Wafat
  5. Hikayat Nabi Mikaj
  6. Hikayat Nabi Muhammad Dengan Iblis. 
  7. Hikayat Puteri Salamah - tugas seorang isteri dalam Islam. 
  8. Hikayat Seribu Masalah - dialog Nabi dengan Yahudi
  9. Hikayat Nabi Mengajar Ali
  10. Hikayat Nabi Mengajar Anaknya Fatimah
  11. Hikayat Nabi Dengan Orang Miskin, dan lain-lain.
  12. Cerita-cerita Dalam al-Quran
  13. Hikayat Nabi Sulaiman
  14. Hikayat Nabi Musa
  15. Hikayat Nabi Yusuf
  16. Hikayat Nabi Zakaria
  17. Hikayat Lumkan al- Hakim
  18. Hikayat Nabi Allah Ayub
  19. Hikayat Nabi Musa Munajat dan lain-lain.
Cerita-cerita sahabat Nabi dan tokoh Islam
  1. Hikayat Abu Bakar
  2. Hikayat Amir al-Mu'minin Umar
  3. Hikayat Abu Syahmah
  4. Hikayat Abu Bakar dan Rahib Yahudi
  5. Hikayat Raja Khandak
  6. Hikayat Hassan dan Hussain
  7. Hikayat Tamin al-Dari dan lain-lain. 
Cerita-cerita pahlawan Islam
  1. Hikayat Amir Hamzah
  2. Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
  3. Hikayat Semaun
  4. Hikayat Bayan Budiman
  5. Hikayat Kalilah Dan Daminah
  6. Hikayat Bakhtiar, dan lain-lain.
Cerita-cerita tentang ahli-ahli sufi
  1. Hikayat Sultan Ibrahim
  2. Hikayat Abu Yazid Bistami
  3. Hikayat Syeikh Abdul Kadir Jailani
  4. Hikayat Rabe'ah
Cerita-cerita rekaan
  1. Hikayat Raja Damsyik
  2. Hikayat Jauhar Manikam
  3. Hikayat Hassan Damsyik
  4. Hikayat Sultan Bustaman
  5. Hikayat Gul Bakawali
  6. Hikayat Umar Umaiyah
Pengaruh Islam Di Alam Melayu - Puisi Melayu
  1. Hamzah Fansuri 
  2. Penulis tasawuf
  3. Syair Dagang
  4. Syair Burung Pungguk
  5. Syair Perahu
  6. Syair Burung Pinggai
  7. Syair Sidang Fakir 
Pengaruh Islam Di Alam Melayu - Puisi Melayu
  1. Syekh Abdul Rauf Singkel
  2. Bercorak tasawuf
  3. Syair Makrifat
  4. Abdul Rauf
  5. Syair Takrif al-Huruf (tasawuf)
  6. Tanpa pengarang
  7. Syair Makrifat dan Alam Tasawuf
  8. Syair Mistik dan Tauhid
  9. Syair Unggas Bersoal Ilmu Akhirat
  10. Syair Kiamat
  11. Syair Cerita Dalam Kubur. 
Pengaruh Islam Di Alam Melayu - Perlembagaan
  1. Agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan Tanah Melayu
  2. Dalam perlembagaan Malaysia Bab (3) 
  3. Ceraian (1), iaitu agama Islam menjadi agama Persekutuan Tanah Melayu. 
  4. Ceraian (2) pula menyatakan bahawa di tiap-tiap negeri, melainkan Melaka dan Pulau Pinang, kedudukan Sultan sebagai Ketua Agama 
  5. Pulau Pinang dan Melaka Bab (3) itu menyebutkan: "Perlembagaan-perlembagaan negeri Melaka dan Pulau Pinang akan mengandungi syarat-syarat untuk menganugerahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di negeri-negeri itu 
  6. Dalam bidang perundangan mengenai hal-ehwal agama Islam kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh. 
  7. Kerajaan Pusat tidak boleh membuat sesuatu undang-undang berhubung dengan agama Islam, tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan dengan kerajaan negeri yang bersangkutan. 
  8. Menurut perlembagaan itu, bahawa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua agama di negeri baginda sendiri dan juga di negeri-negeri Melaka dan Pulau Pinang
  9. Di tiap-tiap buah negeri Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk sebuah pejabat agama untuk mengendalikan pentadbiran hal-ehwal agama Islam. 
  10. Majlis ini diketuai oleh seorang Yang di-Pertuan. 
  11. Kadi-kadi dan Kadi Besar yang bertanggungjawab bagi membicarakan soal: Perceraian, Khalwat, tidak berpuasa di bulan Ramadan, enggan menunaikan sembahyang Jumaat, bersekedudukan
  12. Majlis agama juga bertanggungjawab mengeluarkan tauliah kepada guru-guru agama Islam di dalam tiap-tiap negeri itu.
  13. Mufti berperanan mengeluarkan fatwa berkaitan kepentingan agama
  14. Majlis Agama bertanggungjawab mengenai harta wakaf dan Baitulmal dan mentadbirkannya untuk kebajikan orang Islam.  
  15. Perlembagaan Malaysia Bab (12) Ceraian (2) menyatakan: "Undang-undang Persekutuan membolehkan diberi bantuan kewangan khas untuk mengadakan atau menanggung tempat-tempat pengajian Islam, atau mengadakan pengajaran agama Islam kepada orang-orang Islam. 
  16. Undang-undang Pelajaran 1956 Bahagian 49 antaranya menyebutkan. "Manakala ada 15 orang murid atau lebih beragama Islam di sebuah sekolah yang menerima bantuan, maka guru agama hendaknya diadakan." 
  17. Jabatan Perdana Menteri mempunyai peruntukan khas untuk mengendalikan hal ehwal agama Islam, misalnya pentadbiran Masjid Negara terletak di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri. 
  18. Bantuan kewangan juga diberi kepada pertubuhan-pertubuhan Kebajikan Islam untuk usaha-usaha penyiaran Islam di kalangan penduduk Tanah Melayu dan lain-lain lagi. 
  19. Jabatan Perdana Menteri menjalankan aktiviti dakwah melalui Institiut Dakwah Islam dan kegiatan penyelidikan melalui Pusat Penyelidikan Islam Jabatan Perdana Menteri



Tamadun Melayu sebagai asas pembinaan Tamadun Malaysia
  1. Malaysia sekarang adalah lanjutan daripada politik-politik Melayu seperti Melaka, Johor, Perak, Pahang, Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan. 
  2. Ia ada kesinambungan dengan pelbagai kerajaan Melayu yang pernah wujud seperti Srivijaya, Temasik (Singapura), Langkasuka, Melaka dan Johor-Riau-Lingga
  3. Kesemua politik ini dikenali sebagai Alam Melayu atau Nusantara.
  4. Paksi utama yang menyumbang kepada pembinaan dan pemantapan Tamadun Malaysia ialah Tamadun Melayu
  5. Pengaruh Islam menjadikan negeri-negeri Melayu memiliki kanun perundang yang berasaskan adat Melayu dan perundangan Islam. 
    Undang-undang Melayu:-
    1. Melaka memiliki Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka
    2. Johor dengan Undang-undang Johor dan Undang-undang Tubuh Negeri Johor (1895)
    3. Pahang dengan Undang-undang Pahang
    4. Kedah dengan Undang-undang Kedah
    5. Terengganu dengan Itqan Al-Mulk (Perlembagaan Negeri Terengganu 1911)
    6. Perak dengan Undang-undang II dan Undang-undang Keturunan Daripada Turun Negeri Perak
    7. Negeri Sembilan pula dengan Hukum Adat atau Undang-undang Adat 
    8. Tamadun Melayu sebagai asas pembinaan Tamadun Malaysia
    9. Tamadun Melayu telah dimantapkan oleh Islam
    10. Islam terus menjadi faktor definitif Melayu, iaitu Melayu mengamal adat Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam. 
    11. Perkembangan Islam di Alam Melayu menggunakan bahasa Melayu. 
      Bahasa Melayu menjadi bahasa utama dalam
      1. Tulisan
      2. Kitab-kitab agama
      3. Kesusasteraan  Melayu 
      4. Komunikasi 
      5. Tamadun Melayu sebagai asas pembinaan Tamadun Malaysia
      6. Akta Pendidikan 1961, telah menetapkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara, dari sekolah rendah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi. 
      7. Perlembagaan Persekutuan Malaysia juga menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan agama Islam. 



        ************************
        Abd Aziz bin Harjin
        Pensyarah Tamadun Islam
        Universiti Teknologi MARA Perlis
        02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
        Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
        Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
        URL: abdazizharjin.blogspot.com