Kuliah 13 : Sejarah Zaman Awal Islam

ZAMAN AWAL


Ringkasan:
1.      Nabi
a.      Sebelum dilantik menjadi nabi: akhlak, penternakan, perniagaan
b.      Selepas kewafatan : alam barzakh, padang mahsyar, jannah
2.      Rasul
a.      Usia 40 – 63
b.      Akidah, Ibadah, Syariah, Akhlak
c.      Politi, Ekonomi, Sosial, Sains Teknologi
3.      Dakwah
a.      Diri
b.      Keluarga : isteri, anak
c.      Masyarakat : Quraisy, Taif
d.      Bangsa : Madinah, Syam, Yaman
e.      Antarabangsa : Rom, Parsi, India, Nusantara
4.      Hijrah
a.      Makkah ke Habsyah
b.      Makkah ke Madinah
c.      Perangai buruk kepada baik
5.      Jihad
a.      Kecil (al Asghar) > menentang musuh Islam
b.      Besar (al Akbar) > menentang hawa nafsu
6.      Sahabat
a.      Abu Bakar as Siddiq – sidiq : memerangi orang yangi ingkar berzakat
b.      Umar al Kattab – amanah : menubuhkan berbagai jabatan
c.      Othman al Affan – tabligh : menulis al Quran dan menyebarkannya

d.      Ali Abi Talib – tatanah : berilmu, menubuhkan pusat pengajian


5.1.      ZAMAN RASULULLAH SAW (ZAMAN PEMBINAAN)
            (Menghuraikan pendekatan Rasulullah SAW dalam pembinaan tamadun)

a.   Pendekatan di Mekah

i)       Baginda menitikberatkan pembinaan aqidah
ii)      Akhlak
iii)    Usaha dakwah baginda
a.     Sirri
b.     Jahri
iv)    Menyediakan ‘modal insan’ untuk penyebaran dakwah Islamiah

b.   Pendekatan di Madinah

i)       Pembinaan institusi masjid
ii)      Pembinaan masyarakat
a.     Muhajirin
b.     Ansar
iii)    Penggubalan Piagam Madinah dan pembinaan negara Islam
iv)    Penyebaran dakwah Islamiah secara intensif/meluas


5.2.      ZAMAN KHULAFA’ AL-RASHIDIN (ZAMAN PENGUKUHAN)
(Menghuraikan pendekatan/sumbangan para Khulafa’ al-Rashidin dalam pengukuhan Tamadun Islam)

a.     Zaman Abu Bakar

i)       Mengasaskan institusi ke Khalifahan
ii)      Menerangi golongan
a.     Murtad
b.     Ma’ni al-Zakat
c.      Nas’ Palsu
iii)    Memulakan gerakan pengumpulan al-Quran

b.     Zaman Umar al-Khattab

i)       Transformasi dalam urusan pemerintahan/pentadbiran negara.
Contoh: Kewujudan dewan/wizarah
ii)      Pembukaan/perluasan wilayah Islam
iii)    Penetapan taqwim Islam


c.     Zaman Uthman

i)       Penulisan al-Quran
ii)      Perluasan dakwah Islamiah
Contoh: Ke Alam Melayu
iii)    Penerusan usaha pembukaan/perluasan wilayah Islam

d.     Zaman Ali

i)       Kesetiaan Baginda memikul amanah perjawatan Khalifah dalam suasana konflik politik
ii)      Kebijaksanaan baginda menghadapi konflik politik




Zaman Khulafa’ al-Rashidin adalah Zaman Pengukuhan

ISLAM ZAMAN AWAL

  • Zaman Raulullah saw
  • Pendekatan Makkah
  • Pendekatan Madinah
  • Sejarah dakwah rasulullah periode makkah

Pelantikan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul terjadi pada tanggal 17 Ramadan, 13 tahun sebelum hijrah (610 M) tatkala beliau sedang bertahannus diGua Hira, waktu itu beliau genap berusia 40 tahun.

Gua Hira terletak di Jabal Nur utara kota Mekah. Baginda diangkat Allah SWT, sebagai rasulNya melalui Malaikat Jibril untuk menyampaikan wahyu yang pertama surah Al-'Alaq, 96: 1-5.

Turunnya ayat Al-Qur'an pertama tersebut dinamakan Nuzul Al-Qur'an. Menurut sebagian ulama, setelah turun wahyu pertama (Q. S. Al-'Alaq: 1-5) turun pula surah Al-Mudassir: 1-7

1. Wahai orang Yang berselimut! 2. bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). 3. dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
4. dan pakaianmu, maka hendaklah Engkau bersihkan.
5. dan Segala kejahatan, maka hendaklah Engkau jauhi.
6. dan janganlah Engkau memberi (sesuatu, Dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.
7. dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah Engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!

Surah berkenaan adalah perintah Allah SWT agar Nabi Muhammad berdakwah kepada umat manusia.

Semasa Nabi Muhammad SAW berada di Mekah selama13 tahun (610-622 M), al Quran diturunkan secara berangsur-angsur sebanyak 4,726 ayat, yang meliputi 89 surah.

Surah-surah yang diturunkan pada periode Mekah dinamakan Surah Makkiyyah
Selama 3 tahun dakwah dilakukan secara Sembunyi-sembunyi. Pada masa dakwah secara sembunyi-sembunyi ini, Rasulullah SAW menyeru untuk masuk Islam, jiran, sahabat yang rapat dan keluarganya.

Penganut awal ialah isterinya Khadijah binti Khuwailid, sepupunya Ali bin Abu Thalib, anak angkatnya Zaid bin Haritsah, sahabat karibnya Abu Bakar Ash-Shiddiq dan pengasuhnya Ummu Aiman.

Abu Bakar Ash-Shiddiq juga turut berdakwah menyebabkan kawan rapatnya masuk Islam seperti Abdul Amar, Abu Ubaidah bin Jarrah, Utsman bin Affan, Zubair bin Awam, Sa'ad bin Abu Waqqas, Thalhah bin Ubaidillah.

Selepas 4 tahun dakwah diperintahkan secara terang-terangan. Wahyu tersebut berupa ayat Al-Qur'an Surah 26: 214-216.

214. dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu Yang dekat. 215. dan hendaklah Engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang Yang beriman. 216. kemudian jika mereka berlaku ingkar kepadaMu, maka katakanlah: "Sesungguhnya Aku berlepas diri dari apa Yang kamu lakukan!"

Tahap dakwah Rasulullah SAW secara terang-terangan ini mengislamkan bapa saudaranya Hamzah bin Abdul Muthalib dan Umar bin Khattab.

Rasulullah SAW menyampaikan seruan dakwahnya kepada para penduduk di luar kota Mekah seperti Abu Zar Al-Giffari, Tufail bin Amr Ad-Dausi seorang penyair dari kaum Daus.

Dakwah Rasulullah SAW kepada penduduk Yastrib (Madinah) dari suku Aus dan Khazraj sebanyak 6 orang, tahun berikut sebanyak 13 orang dan tahun berikutnya lebih banyak lagi
Pertemuan umat Islam Yatsrib dengan Rasulullah SAW terjadipada tahun ke-13 dari kenabian dan menghasilkan Bai'atul Aqabah.
Isi Bai'atul Aqabah tersebut berjanji melindungi Rasulullah SAW dan memohon Rasulullah SAW dan pengikutnya berhijrah ke Yatsrib.

Reaksi Kaum Kafir Quraisy terutama para bangsawannya menolak ajaran persamaan hak dan kedudukan antara semua orang.
Mereka mempertahankan tradisi hidup berkasta-kasta dalam masyarakat dan menyembah berhala.

Faktor-faktor penentangan

Faktor Agama
Islam menghapuskan penyembahan berhala yang merupakan amalan tradisi nenek moyang mereka.
Fatkor Sosial
Islam menggalakkan persamaan hak sedangkan Quraisy hidup berpuak-puak dan berkasta.
Faktor Politik
Kedudukan pemimpin Mekah tergugat dengan kedatangan Islam. Mereka menuduh Nabi Muhammad saw bercita-cita untuk menjadi pemimpin.
Faktor Ekonomi
Punca pendapatan melalui perdagangan dan perniagaan berhala terancam.

Pendekatan Makkah

Pendekatan baginda ialah menekankan kepada keimanan dan akhlak yang mulia.
Akidah dan akhlak yang mantap akan menjadi persiapan utama untuk menghadapi musuh dari dalam dan luar.

Teknik Rasulullah Berdakwah

Berhikmah.
Bijaksana.
Sifat peribadi yang baik.
Uswah hasanah seperti:
   * Siddiq
   * Amanah
   * Pemaaf
   * Sabar

Pendekatan Madidah
Sejarah hijrah
Rasulullah saw berhijrah dari Mekah ke Yastrib pada tanggal 12 Rabiul Awal tahun pertama hijrah, bertepatan dengan tanggal 28 Juni 622 M.

Tujuan hijrah
Untuk menyelamatkan diri dan umat Islam dari tekanan, ancaman dan kekerasan kaum kafri Quraisy

Tujuan hijrah
1. Untuk menyelamatkan diri dan umat Islam dari tekanan, ancaman dan kekerasan kaum kafri Quraisy
Pendekatan Madidah
2. Supaya memperoleh keamanan dan kebebasan dalam berdakwah serta beribadah.
3. Dapat berjihad di jalan Allah SWT untuk menegakkan dan Islam.

Dakwah Rasulullah SAW di Madinah selama sepuluh tahun iaitu dari 12 Rabiul Awal tahun pertama hijriah hingga kewafatannya 13 Rabiul Awal tahun ke-11 hijrah.
Pendekatan Madidah
Ajaran Islam di Madinah pada umumnya berkenaan masalah kemasyarakatan.

Sasaran dakwah Rasulullah SAW di Madinah adalah;
1. Muslim dari kalangan kaum Muhajirin dan Ansar.
2. Yahudi penduduk Madinah.
3. Penduduk di luar kota Madinah, Arab dan 'ajam.

Firman Allah artinya: Dan Tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat   bagi semesta alam. (Al-Anbiya', 21: 107)

Strategi dakwah rasulullah saw di madinah

1. Berdakwah dimulai dari diri sendiri iaitu sebelum mengajak orang lain, terlebih dahulu orang yang berdakwah  itu harus meyakini Islam dan mengamalkan ajarannya.

2. Hikmah. "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan dan bantahlah mereka dengan cara yang baik." (An-Nahl, 16: 125)
3. Berdakwah itu hukumnya wajib
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; (Ali 'Imran, 3: 104)

Firman Allah SWT dalam Surah Ali 'Imran, 3: 104
4. Berdakwah dengan niat ikhlas karena Allah SWT semata, bukan untuk memperolehi keuntungan duniawi.

Usaha Rasulullah SAW dalam masyarakat

a. Mendirikan Masjid
Masjid yang pertama di Madinah ialah Masjid Quba dibangun pada tanggal 12 Rabiul Awal tahun pertama hijrah (20 September 622 M).

Masjid kedua yang dibangun oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya adalah Masjid Nabawi di Madinah.
Masjid ini dibangun secara gotong-royong oleh kaum Muhajirin dan Ansar.

Fungsi masjid: 

  • Masjid sebagai pembinaan akidah, ibadah, dan akhlak umat Islam.
  • Masjid merupakan tempat ibadah, khususnya salat lima waktu dan salat Jumat.
  • Strategi dakwah rasulullah saw di madinah
  • Masjid merupakan tempat belajar dan mengajar agama Islam.

Strategi dakwah rasulullah saw di madinah
Fungsi masjid:
Masjid sebagai tempat pertemuan untuk menjalin hubungan silaturrahim sesama Muslim.

Strategi dakwah rasulullah saw di madinah

  • Masjid sebagai tempat kegiatan sosial seperti tempat urusan zakat, infak dan sedekah dan menyalurkannya kepada asnaf.
  • Mempersaudarakan Kaum Muhajirin dan Ansar
  • Muhajirin adalah orang Mekah yang berhijrah ke Madinah. Ansar adalah penduduk Madinah yang memberikan pertolongan kepada kaum Muhajirin.
  • Hasil musyawarah memutuskan setiap orang Muhajrin mencari seorang dari kalangan Ansar menjadi saudaranya ikhlas karena Allah SWT.
  • Kaum Ansar secara ikhlas memberikan pertolongan kepada kaum Muhajirin seperti tempat tinggal dan lain-lain yang diperlukan.

Strategi dakwah rasulullah saw di madinah

  • Semasa itu di Madinah terdiri dari tiga golongan iaitu umat Islam, Yahudi (Bani Qainuqa, Bani Nazir dan Bani Quraizah) dan orang kafir Arab.
  • Perjanjian (Piagam) ini mengandungi 32 fasal berkenaan akidah, akhlak, kebajikan, undang-undang, kemasyarakatan, ekonomi dan lain-lain
  • Antara yang mesti dipatuhi oleh kaum Muslimin tidak mensyirikkan Allah, tolong-menolong sesama mukmin, bertaqwa dan lain-lain.

Strategi dakwah rasulullah saw di madinah
c. Perjanjian Islam dengan Non-Islam
Bagi kaum non-musilm mereka mestilah berkelakuan baik serta membayar cukai.

Strategi dakwah rasulullah saw di madinah
Piagam Madinah antara lain:

1)   Setiap golongan memiliki hak pribadi, keagamaan dan politik. Penduduk Madinah berhak menjatuhkan hukuman kepada orang yang membuat kerusakan dan memberi keamanan kepada orang yang mematuhi peraturan

2) Setiap individu daripada penduduk Madinah mendapat jaminan kebebasan dalam beragama.

3)   Seluruh penduduk kota Madinah Muslimin, Yahudi dan orang kafir Arab mereka hendaknya saling membantu mempertahankan kota Madinah.

4)   Rasulullah SAW adalah pemimpin seluruh penduduk Madinah. Segala perselisihan terjadi di Madinah hendaklah diajukan kepada Rasulullah SAW untuk diadili.
Strategi dakwah rasulullah saw di madinah

Kewajipan Peperangan
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda, Sesiapa yang mati dan dia tidak berperang, dan dia tidak pernah membisikkan jiwanya untuk berperang, ia mati di dalam satu cabang nifaq."" (Muslim)"
Kewajipan berperang:

Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan bertindak keras terhadap mereka. Dan tempat mereka ialah neraka Jahannam. (At Taubah:73)

Kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,

dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al Baqarah:216)

Peperangan Badar
Peperangan ini berlaku pada tahun ke 2H yang merupakan perang pertama disertai oleh Nabi Muhammad SAW.
Peperangan Badar
Antara sebab berlaku peperangan ini Kaum Musyrikin Makkah telah mengusir orang Islam dari Makkah dan harta terpaksa ditinggalkan.
Mereka cuba menghapusakan umat Islam di Madinah kerana bimbang orang Islam akan menguasai perdagangan Makkah dan Syam.
Peperangan
Nabi Muhammad SAW berdoa; "Ya Tuhanku! Andai kata kelompok ini hancur, siapakah lagi yang akan menyembah-Mu di permukaan bumi ini."

Peperangan
Dalam peperangan ini seramai 67 Musyrikin terbunuh termasuk Abu Jahl, 14 Muslim syahid.
Tawanan perang dikenakan wang tebusan 1,000 - 4,000 dirham
Tebusan yang tidak berkemampuan dikehendaki mengajar 10 kanak Islam sebelum dibebaskan.

Peperangan
Kejayaan itu menyebabkan Musyrikin Makkah pula menaruh dendam ke atas orang Islam. Maka berlaku pula Perang Uhud.

Perang ini tercetus pada tahun 3H (625 M). Punca utama terjadi perang ini ialah perasaan dendam di kalangan kaum kafir Quraisy.

Punca kekalahan tentera Islam ini disebabkan sikap mereka yang tidak patuh arahan. Lebih-lebih lagi pasukan pemanah yang telah meninggalkan bukit Uhud kerana mengejar harta rampasan perang.

Peperangan Khandak
Berlaku Syawal tahun ke-5 H. Perang Khandak bermaksud 'parit'. Tentera Islam menggali parit di sekitar Madinah.
Peperangan ini juga bernama Perang Ahzab kerana gabungan Quraisy, kabilah Arab, dan Yahudi Madinah.

Sebab berlakunya peperangan ini kerana orang Quraisy ingin melanjutkan peperangan Uhud yang lepas.

Selepas peperangan Khandak ini tentera Islam telah mengubah strategi iaitu tidak menunggu dan bertahan tetapi mereka mula melancarkan perang tempat-tempat musuh.
Peperangan
Perang Khaibar tahun7H. Perang ini berlaku di daerah Khaibar.

Peperangan

  • Perang Mu'tah tahun 8H. Perang ini terjadi karena Haris al-Ghassani raja Hirah, menolak penyampaian ajaran Islam dengan cara membunuh utusan Nabi SAW.
  • Penaklukan Kota Mekah tahun (8H). Peperangan ini terjadi di sekitar kota Mekah.
  • Perang Hunain ( 8 Safar 8H) Perang Hunain berlaku antara kaum muslim dengan kaum Quraisy yang terdiri dari Bani Hawazin, Bani Saqif, Bani Nasr dan Bani Jusyam.
  • Peperangan
  • Perang Ta'if (8H) Pasukan muslim mengejar sisa pasukan Quraisy, yang melarikan diri dari Hunain, sampai di kota Ta'if.
  • Perang Tabuk (9H) Lokasi perang ini adalah kota Tabuk, perbatasan antara Semenanjung Arabia dan Syam (Suriah).
  • Dalam sejarah peperangan yang dihadiri oleh Rasulullah saw sebanyak 26 peperangan yang kecil-kecil.


FAKTOR KEJAYAAN DAKWAH RASULULLAH SAW
1. Istiqamah dalam menjalankan amanah Allah SWT iaitu menyampaikan risalah tauhid kepada sekuruh umat manusia.
2. Keimanan yang mantap menjadikan Rasulullah SAW dan sahabat sentiasa bersemangat dan tidak gentar menghadapi segala serangan musuh Islam.
3. Akhlak Rasulullah SAW yang lemah lembut, kurang bercakap dan sabar. Sikap inilah yang membuatkan sahabat setia kepada ajaran baginda.
4. Sentiasa mendapat petunjuk, bimbingan dan pertolongan daripada Allah SWT

5. Dikuatkan dengan mukjizat. Mukjizat yang kekel hingga kini ialah al Quran.

Perkembangan Tamadun Islam

  • Zaman Khulfa' al Rasyidin
  • Zaman Abu Bakar al Siddiq
  • Zaman Umar al Khattab
  • Zaman Uthman al Affan
  • Zaman Ali Abi Talib


ZAMAN KHALIFAH ABU BAKAR AL SIDDIQ

Nama beliau bernama Abdullah Bin Qahafah. Gelarannya ialah Abu Bakar al Siddiq.
Sebelum Islam beliau seorang saudagar kaya dari  keluarga bangsawan Quraisy.
Beliau tidak pernah minum arak seperti pembesar Quraisy yang lain.
Ketika Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat baginda meminta supaya sahabatnya Abu Bakar al Siddiq untuk mengimamkan solat.

Setelah Nabi Muhammad s.a.w. dikebumikan sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi menggantikan Nabi saw untuk memimpin umat Islam.

Keputusan mesyuarat telah melantik Abu Bakar al Siddiq menjadi khalifah pertama umat Islam.

Perlantikan ini mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib tetapi tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaihkan Saidina Abu Bakar.
Setelah Abu Bakar dilantik menjadi khalifah banyak masalah yang timbul antaranya ada puak-puak Arab memberontak dan menentang khalifah.

Antaranya mereka enggan membayar zakat, kembali menyembah berhala dan mengikut tradisi nenek moyang lama mereka.

Terdapat antara mereka yang mengaku mejadi nabi dan rasul. Bagi mengatasi pebuatan murtad ini maka Khalifah Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang Riddah ini.
Antara mereka yang mengaku menjadi nabi ialah Musailamah al-Kazzab. Namun kepimpinan Khalid Al-Walid berjaya menumpaskan Musailimah dalam suatu pertempuran.

Selepas berjaya menundukkan golongan riddah, Khalifah Abu Bakar mula menghantar tentera Islam ke utara untuk memerangi Byzantine (Rom Timur) dan Empayar Parsi.
Panglima Khalid Al-Walid berjaya menawan Iraq dan Syria.
Pengumpulan al-Quran
Selepas Peperangan Riddah ramai orang yang hafaz al-Quran terbunuh. Umar Al-Khatab mencadangkan supaya Khalifah Abu Bakar untuk mula menjalankan aktviti pengumpulan semula ayat-ayat al-Quran

 Uthman Affan kemudiannya melengkapkan aktiviti pengumpulan dan membukukan al-Quran dalam satu mushaf semasa beliau menjadi khalifah.

Kewafatan Saidina Abu Bakar
Khalifah Abu Bakar al Siddiq wafat pada 23 Ogos 634 di Madinah iaitu dua tahun selepas menjadi khalifah.
Kewafatan Saidina Abu Bakar
Ada yang mengenai sebab kematian Saidina Abu Bakar disebabkan keracunan dan ada pula yang mengatakan beliau meninggal dunia secara biasa.
Sebelum penghujung hayatnya beliau mencadangkan masyarakat menerima Umar Al-Khatab sebagai khalifah yang baru.

Abu Bakar al Siddiq telah dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. di Masjid an-Nabawi yang terletak di Madinah.

Sumbangan Saidina Abu Bakar
Khlaifah Abu Bakar al Siddiq (632-634) berjaya menumpaskan golongan Riddah dan golongan yang mengaku menjadi nabi.

Sumbangan Saidina Abu Bakar
Selain daripada itu beliau mula mengumpulkan ayat-ayat al-Quran dan meluaskan negara Islam

ZAMAN KHALIFAH 'UMAR AL KHATTAB
Zaman Khalifah Umar al Khattab
Nama beliau ialah: Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza b Ribaah bin Abdillah bin Qarth bin Razaah bin 'Adi bin Kaab

Dilahirkan 13 tahun selepas tahun gajah.
Dilantik khalifah pada 634M.
Menjadi Khalifah selama 10 tahun.
Wafat pada 23H (644M) ketika usia 63 tahun.

Beliau merupakan bapa mertua nabi apabila nabi bernikah dengan anaknya Hafsah bte Umar.
Umar adalah seorang yang dijamin Syurga oleh Rasulullah SAW.

Keislaman Saidina Umar
Beliau memeluk Islam pada tahun ke 6 kenabian ketika usia 27 tahun.
Hal ini memberi berita gembira kepada umat Islam kerana Islam akan menjadi kuat.

Rasulullah SAW pernah berdoa ; "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab atau Abu Jahal b. Hisyam" (At-Thabarani).

Keberanian Umar
Saidina Umar Al-Khattab berhijrah ke Madinah secara terang-terangan tidak seperti para sahabat yang lain yang terpaksa berhijrah secara rahsia.

Kata Umar sebelum berhijrah: "Barangsiapa yang sanggup menjadikan ibunya keseorangan disebabkan kematian anak, meletakkan anak-anak mereka menjadi yatim piatu lantaran kematian bapa,

sanggup menjadikan isteri kesayangannya menjadi balu kerana kematian suami, marilah kita adu senjata di sebalik bukit ini."

Ramai mereka yang daif mengambil peluang untuk berhijrah ke Madinah bersama Umar Al-Khattab, dengan aman tanpa sebarang gangguan.

Hadith nabi saw:
Sesungguhnya aku lihat syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia lari lintang pukang dari Umar. (At-Turmizi).

Umar Sebagai Orang Yang Pertama

1. Pertama digelar Amirul Mukminin
2. Pertama menggunakan Hijrah sebagai kalendar Islam
3. Pertama mengenakan pukulan 80 kali ke atas peminum arak
4. Pertama mengharamkan nikah mut'ah
5. Pertama mewajibkan zakat ke atas kuda
6. Pertama menubuhkan jabatan-jabatan
7. Pertama sunatkan Qiyyam Ramadhan.
8. Pertama mengarahkan solat Jenazah berjemaah dengan 4 takbir.
9. Pertama memperkenalkan Al-'Aul dalam masalah Faraid (harta pusaka).

Pembaharuan Dalam Bidang Pentadbiran
Membentuk Majlis Syura
Melalui sistem syura Khalifah Umar dapat mengetahui permasalahan yang berlaku
Beliau telah memberi peluang dan kebebasan bersuara.

Zaman Khalifah Umar al Khattab
Beliau telah membahagikan Wilayah-Wilayah Islam.
Khalifah Umar telah membahagikan kawasan Islam yang semakin luas itu kepada beberapa wilayah tujuan menjaga pentadbiran Islam.
Sebelum seorang dilantik menjadi gabnor mereka dikehenadi mengisytiharkan harta mereka untuk mengelakkan daripada menerima rasuah.

Memperbaiki sistem undang-undang tanah.
Khalifah Umar menetapkan tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduknya tidak akan dirampas tetapi ianya akan dikenakan cukai.
Pembaharuan dalam bidang ekonomi
Cukai yang dikenakan mengikut jenis tanaman.
Syarat-syarat yang tidak adil akan dihapuskan.
Golongan Dzimmi dilayan dengan baik dan sering bertanya kepada mereka untuk mengetahui samada cukai yang dikenakan adakah membebankan mereka.

Menggalakkan kegiatan keilmuan
Khalifah Umar telah mengembangkan pelajaran al-Quran.
Beliau menyediakan tenaga pengajar bagi mengajar pelbagai ilmu berhubung dengan keilmuan dan dihantar ke serata tempat serta diberi gaji.

Untuk orang Islam pembelajaran diadakan di masjid-masjid di seluruh wilayah Islam.
Umat Islam diwajibkan menghafal surah tertentu daripada al-Quran seperti surah al-Baqarah, an-Nisa, al-Maidah sebagai silibus.
Diberikan pelbagai ganjaran untuk menggalakkan mereka menghafal.

Memajukan sistem pertanian
Terusan dibina oleh Khalifah Umar bagi memajukan pertanian iaitu menghubungkan Sungai Nil dengan Laut Merah sepanjang 69 batu dari bandar Fustat.

Beliau telah membina di Iraq Empangan Abu Musa yang menyambungkan Sungai Dujlah (Tigres) dengan bandar Basrah
Wafatnya Umar al Khattab
Beliau wafat pada tahun 644 M selepas dibunuh oleh seorang hamba Majusi Parsi yang bernama Abu Lu'lu'ah kerana menyimpan dendam terhadap Umar.
Beliau dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad saw.

Zaman Khalifah Uthman Affan

Latar Belakang : Nama: 'Uthman b. 'Affan. Menerima Islam daripada Abu Bakr al-Siddiq (r.a.). Berhijrah dua kali ke Habashah dan juga ke Yathrib (Madinah).

Perlantikan Uthman
Sebelum kewafatan 'Umar (r.a.), beliau menyerahkan isu perlantikan Khalifah kepada Majlis Shura terdiri daripada 6 orang Sahabat Kanan yang dijamin masuk syurga, iaitu: iaitu: 'Uthman b. 'Affan, Ali b. Abi Talib, Talhah b. 'Ubayd Allah, al-Zubayr b. al-'Awwam, Abd al-Rahman b. 'Awf, Sa'd b. Abi Waqqas, Abd Allah b. Umar.

Selepas kewafatan Umar al Khattab proses pemilihan Khalifah diketuai oleh Abd Rahman B. Auf.
Maka pemilihan telah dibuat dan didapati Uthman mendapat majoriti. Pada Zulhijjah (23H) beliau dilantik dan Ali memberi bai'ah

Dasar Pemerintahan
Melantik Pegawai dari Kaum Keluarga Sendiri
Khalifah Uthman banyak melantik keturunan Umayyah memegang jawatan penting dalam pentadbirannya.

Membina dan Menguatkan angkatan Tentera Laut
Uthman banyak membelanjakan wang negara bagi mengukuhkan kedudukan angkatan tentera laut khususnya di Mesir dan Syria.

Memperkenalkan Dasar Pertukaran Tanah
Khalifah Uthman telah memperkenalkan satu dasar baru iaitu Dasar Pertukaran Tanah di Iraq dengan tanah di Hijaz dan Yaman.
Menerbitkan Naskah Tunggal al-Quran
Ramai umat Islam yang membaca al Quran mengikut loghat masing-masing.
Maka Uthman telah menerbitkan naskah al-Quran yang dikenali sebagai "Mushanf Uthmani" dan dihantar ke setiap wilayah Islam.

Zaman Khalifah Ali bin Abi Talib

Ali dilahirkan pada 20 September 601 di Makkah. Bapanya Abu Talib merupakan pembesar Quraisy juga bapa saudara Nabi.

Semasa Nabi menerima wahyu, Ali berusia 10 tahun merupakan kanak-kanak pertama memeluk Islam.

Ali sentiasa menyokong Nabi semasa orang Muslim dizalimi. Pada tahun 622M semasa peristiwa hijrah beliau tidur di katil Rasulullah saw untuk mengelakkan satu percubaan membunuh nabi saw.

Ali Abi Talib merupakan khalifah keempat Khulafa al-Rasyidin, memerintah dari 656 hingga 661M.

Beliau menggantikan khalifah Uthman bin Affan wafat kerana dibunuh oleh puak pemberontak.

Atas keputusan ahli Syura mencadangkan Ali supaya menjadi khalifah tetapi Saidina Ali menolak. Setelah didesak akhirnya beliau menerima jawatan itu.

Usaha yang dilakukan Ali selama menjadi khalifah adalah :
Mengganti para pejabat yang diangkat oleh Usman bin Affan
Mengambil tanah yang dibagikan Usman bin Affan kepada kerabatnya tanpa alasan yang jelas
Memindahkan pusat pemerintahan dari Madinah ke Kuffah.

Mengganti para pejabat yang diangkat oleh Usman bin Affan.

Mengambil tanah yang dibagikan Usman bin Affan kepada kerabatnya tanpa alasan yang jelas

Memindahkan pusat pemerintahan dari Madinah ke Kuffah.

Jasa-jasa Ali bin Abi Thalib selama menjadi khalifah
Menyempurnakan bahasa Arab
Islam telah tersebar segenap penjuru dan tidak semua pemeluknya mahir berbahasa Arab sedangkan Islam disampaikan dengan bahasa Arab

Maka Ali memerintahkan Abul Aswad ad-Duali untuk tanda baca dan mengarang kitab nahwu

Usaha itu semoga kaum muslimin yang berasal dari luar Arab ('ajam) dapat mempelajari al-Qur'an dan Hadis dengan baik.

Membangun pusat kota
Ali telah membangun kota Kufah (Irak), yang kemudian dijadikan sebagai pusat pemerintahan serta pusat ilmu pengetahuan.

Kewafatan Khalifah Ali bin Abi Talib

  • Dasar Khalifah Ali Abi Tabib ditentang oleh Muawiyah Bin Abu Sufyan dan pembantunya Amru Bin Al As
  • Pertelingkahan yang mengakibatkan pertumpahan darah di antana sesama ummat Islam dalam Peperangan Siffin.
  • Muawiyah berkeras enggan mengakui Saiyidina Ali Bin Abu Talib sebagai Khalifah serta menuntut Ali menghukum pembunuh Uthman
  • Pada hal Khalifah Ali telah memecat Muawiyah sebagai gabenor Syam dan tokoh-tokoh yang pernah dilantik oleh Khalifah Uthman atas sebab kekeluargaan.
  • Maka berlakulah peperangan antara Khalifah Ali dengan pihak penyokong Muawiyah Bin Abu Sufyan yang terdiri dari penduduk negeri Syam.
  • Akhirnya Ali Bin Abu Talib mati terbunuh oleh pengikut golongan Khawarij (Ibnu Muljam) 31 Januari 661



************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com