Kuliah 02 : Asas Dan CIri-Ciri Tamadun Islam

Asas Tamadun Islam

Tamadun Islam berasaskan kepada:
  1. Akidah
  2. Ibadah
  3. Syari’ah
  4. Akhlak
  5. Ilmu
AKIDAH

Akidah dalam Tamadun Islam


1. Akidah merupakan asas kelahiran Tamadun Islam.
2. Tamadun berasaskan tauhid.

Pengertian Akidah
Hassan al-Banna mengatakan Akidah adalah hal-hal yang berhubung dengan :
1. Kepercayaan.
2. Keyakinan di dalam hati.
3. Sehingga hati dan jiwa itu menjadi tenteram.

Akidah sebagai intisari Tamadun Islam:
1. Percaya kepada Allah SWT.
Allah SWT pencipta alam. Memberi ilham kepada manusia memajukan muka bumi sesuai dengan prinsip Khalifah Allah di muka bumi

2. Percaya kepada Malaikat.
Malaikat Jibril AS membawa wahyu kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada manusia menjadi panduan memakmurkan muka bumi.

3. Percaya kepada Rasul.
Nabi Muhammad SAW sebagai contoh atau uswah hasanah kepada umat manusia membangunkan muka bumi seperti membagunkan Yasrib sebagai Kota Madinah. Merangka perlembagaan Madinah / sohifah madinah.

4. Percaya kepada Kitab.
al Quran menjadi penduan kepada manusia membangunkan muka bumi dalam semua aspek kehidupan. Aspek sains, ekonomi, politik, pendidikan, astronomi, pelayaran dan sebagainya.

5. Percaya kepada Hari Kiamat.
Tamadun yang dibina oleh umat Islam mengambil kira hari akhirat. Keimanan kepada hari akhirat menjadikan umat Islam berhati-hati mentadbirkan muka bumi menurut perintah Allah SWT

6. Percaya kepada Qada dan Qadar.
Keyakinan kepada takdir menjadidikan umat Islam tidak berputus asa jika mereka dilanda musibah dan sentiasa bersyukur nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT


IBADAH
Semua aktiviti dalam pembangunan umat Islam dikira ibadah dan mendapat pahala di sisi Allah SWT jika dilakukan dengan ikhlas dan sentiasa menurut hukum yang telah ditetapkan di dalam al Quran dan al Hadith Rasulullah SAW

1. Dua kalimah syahadat.
Sahadat sebagai asas kepada individu bertamadun. Pengakuan yang menandakan tunduk dan patuh kepada Allah dan Rasul dalam kehidupan. Seorang muslim yang bertamadun sentiasa berada di dalam kalimah syahadat iatu sentiasa mengakui Allah sebagai tuhan yang disembah dan sebagai tuhan yang mencipta alam. Serta mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW sebagai pembawa wahyu kepada umatnya.

2. Solat.
Solat adalah asas kepada individu yang bertamadun. Mereka yang tidak mendirikan solat adalah tidak bertamadun kerana solat itu mencegah kemungkaran. Mengikut ajaran Islam orang yang melakukan kemungkaran adalah tidak bertamadun. Solat juga tandak syukur kepada Allah SWT yang mencipta dan memelihara kita. Orang yang tidak pandai bersyukur adalah tidak bertamadun.

3. Zakat.
Zakat adalah asas kepada individu dan masyarakat yang bertamadun. Melalui zakat pembangunan negara dapat ditingkatkan. Negara memerlukan modal untuk membangun dan mempertahankan negara dari sebarang ancaman.

4. Puasa.
Puasa adalah asas kepada insan yang bertamadun. Melalui puasa masyarakat dapat menahan daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa. Pusas juga melatih umat Islam menahan nafsu daripada melakukan kejahatan dan sentiasa bertimbang rasa. Masyarakat yang bertamadun adalah mereka yang pandai menjaga tatasusila dan menahan nafsu daripada rasuah, monopoli, riba, curang dan sebagainya.

5. Haji.
Melalui haji dapat membangunkan umat Islam dari sudut pergaulan antara bangsa, hubungan diplomatik, pembinaan kapal, sains teknologi dan sebagainya. 

SYARIAH

Dalam syariat Islam manusia yang bertamadun adalah sentiasa mengawas diri terhadap lima hukum:
1. Wajib
2. Sunat
3. Haram
4. Makruh
5. Harus

Manusia yang bertamadun sentiasa mengikut hukum berkenaan supaya sentiasa diredhai oleh Allah SWT.

Pengertian Syariah:
1. Syariah membawa maksud undang-undang Allah SWT
2. Mengatur hubungan manusia dengan Allah dan kedamaian di dunia
3. Bagi menyelamatkan mereka untuk mencapai kehidupan abadi di akhirat kelak
4. Itulah tujuan syari’at (Maqasid al Syari’ah) diturunan

Objektif Syariah (Maqasid syari’ah) boleh dibahagikan kepada tiga:
1.      Maqasid Dhururiyyah.
2.      Maqasid Hajiyah.
3.      Maqasid Tahsiniyah.

Maqasid Dhururiyyah
1. Asas bagi mencapai matlamat hidup manusia di dunia dan akhirat.
2. Ia merangkumi aspek:
a.      agama,    
b.      Jiwa/DIRI
c.      akal,
d.      keturunan dan
e.      Harta.

Maqasid Hajiyah
Bagi mendapat kelapangan dalam kehidupan.
Terbahagi kepada aspek aspek iaitu:
1. Muamalat
2. Jinayat
3. Munakhat

Maqasid Tahsiniyah
- Perkara-perkara yang dianggap terpuji didalam adat kehidupan dan pergaulan.
- Ia menjauhi suasana yang kurang baik.
- Merangkumi aspek-aspek seperti;
a.      Kehidupan
b.      makan,
c.      pakaian,
d.      musafir dan lain-lain.

AKHLAK
  1. Perkataan “akhlak” berasal daripada Bahasa Arab “khuluq”.
  2. Maksudnya budipekerti, perangai,  sikap atau tabiat seseorang.
  3. Akhlak Baik (Mahmudah) Seperti  jujur, sabar,  ikhlas, benar, pemurah, syukur dll
  4. Akhlak Buruk (Mazmumah) : Seperti hasad, riya, takabur, bakhil, ‘ujub, tamak dll
  5. Menurut iman al-Ghazali: Akhlak ertinya kebiasaan manusia yang tetap yang wujud dalam diri manusia.
PENGERTIAN AKHLAK DALAM TAMADUN ISLAM
  1. Untuk menghasilkan tingkah laku yang baik, tidak memerlukan pemikiran.
  2. Menurut perspektif Islam, baik dan buruk adalah menurut ketentuan syarak.
  3. Akhlak Islam hendaklah didasarkan kepada al-Quran,  al-Hadis dan pendapat Ulama.
ILMU

Pembahagian ilmu
1. Fardhu Ain
2. Fardhu Kifayah

Penjenisan ilmu:
1. Ilmu sepadu
2. Ilmu sekular

Sumber ilmu
1. Al Quran
2. Al Hadith
3. Ijtihd
4. Ilmu ‘Aqli (kajian) – kajian akal.
CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM

SEJAGAT
  1. Islam tidak terikat kepada bangsa tertentu atau tempat tertentu, sebaliknya kepada seluruh umat manusia
  2. Tamadun Islam dapat dilihat di mana-mana kawasan di seluruh dunia ini tanpa dibatasi sama ada oleh batasan politik, budaya, bangsa ataupun sempadan geografi moden
  3. Ini menjelaskan bahawasanya tamadun Islam amat bersesuaian di praktikkan dalam mana-mana negara di dunia ini bagi melahirkan negara yang bermaruah dan lebih di hormati di mata dunia.
TERBUKA
  1. Keterbukaan bermakna tamadun Islam yang dilahirkan dan dicipta itu tidak dibatasi oleh had-had tertentu tetapi ia masih diletakkan di atas garis panduan syariat Islam yang tetap dan berkembang selaras dengan perubahan masa.
  2. Tamadun Islam terbuka kepada semua tamadun yang tidak bercanggah dengan syariat Islam terutamanya dalam dialog antara tamadun atau interaksi antara tamadun.
  3. Keterbukaan ini menunjukkan wujudnya sifat toleransi dan tolak ansur bagi kepentingan bersama.
  4. Unsur-unsur tamadun selain Islam boleh diamalkan dan dikembangkan selagi tidak melanggar garis panduan syariat.
  5. Islam membenarkan dan menggalakkan penerusan sesuatu unsur tamadun yang membawa kebaikan selagi tidak menjejaskan hak orang lain dalam tamadun tersebut.
  6. Hal ini membuktikan tamadun Islam bukanlah bersifat terlalu estrim tanpa mempedulikan pandangan atau pendapat dari tamadun-tamadun lain.

SEPANJANG ZAMAN
  1. Perkembangannya bermula dengan turunnya wahyu pertama, Surah Al-'Alaq dan tidak pernah berhenti, kerana ia tidak dibatasi oleh ruang sempadan atau ruang waktu sehingga hari kiamat.
  2. Ianya juga akan terus berkekalan tanpa boleh diubah oleh apa-apa unsur sekalipun.
  3. Walaupun ianya telah diturunkan oleh Allah ribuan tahun yang lalu, ianya sentiasa terpelihara dan terus menjadi  panduan kepada seluruh umat manusia.

TOLERANSI
  1. Tamadun Islam pernah berkembang dalam dunia yang tidak dikenali, tetapi tetap mempertahankan toleransi.
  2. Masyarakat bukan Islam yang berada di bawah pentadbiran dan perkembangan tamadun Islam tidak dilarang untuk mengamalkan agama dan kepercayaan mereka… sebagai usaha untuk mengekalkan hubungan baik dalam masyarakat dan kepentingan kestabilan.
  3. Hasil dan keberkesanan dari sifat toleransi ini setiap masyarakat akan dapat meneruskan hak dan kepercayaan masing-masing selagi ianya membawa kebaikan kepada semua masyarakat tanpa memecah belahkan masyarakat.

KESATUAN
  1. Sebarang bentuk kemajuan dan pencapaian dalam tamadun Islam, dan dalam pelbagai bidang …
  2. Justeru itu tamadun Islam amat menitik beratkan hubungan antara makhluk dengan pencipta.
  3. Walaupun ada hubungan sesama makhluk dan alam sejagat, akhirnya semuanya kembali kepada Allah S.W.T. dan hubungun ini akan terus berkekalan sehingga akhirat
RABBANI
  1. Tamadun Islam didasari oleh nilai-nilai ketuhanan dan keagamaan.
  2. Hakikat keberadaannya di dunia ini adalah sebagai khalifah Allah yang diamanahkan untuk membangunkan setiap wilayah yang diduduki bagi memberi maafat kepada setiap penghuni bumi.
  3. Nilai-nilai agama  dan ketuhanan dimana ianya merupakan sumber,matlamat dan tujuan kehidupan ummat manusia yang berlandaskan ketetapan daripada Alah swt
  4. Ciri ini juga menjadi bukti semua bangsa adalah sama dalam masyarakat Islam. Pembezanya hanyalah iman dan takwa, bukan warna kulit, pangkat, keturunan dan kekayaan.
  5. Oleh itu, ciri ini merupakan tunggak utama Tamadun Islam dan asas perbezaan Tamadun Islam dengan tamadun lain.
WASATIAH
  1. Konsep keseimbangan dalam Tamadun Islam merangkumi kerohanian (spiritual) dan kebendaan (material)…
  2. tanggungjawab ibadat kepada Allah dan urusan kehidupan dunia, kepentingan individu dengan masyarakat dan keseimbangan nilai spiritual dengan material.
  3. Kesederhanaan pula bermaksud kehidupan yang tidak berlebih-lebihan sehingga membawa kemudratan seperti pembaziran dan kehidupan yang melampau tanpa mempedulikan batasan dalan larangan syariat.
UNIVERSAL
  1. Ini bermakna Tamadun Islam sesuai dengan segala bangsa dan situasi. Ia juga menepati keperluan dan peredaran zaman.
  2. Tamadun Islam berpegang kepada konsep ummah dan tidak disandarkan kepada sesuatu bangsa atau kawasan tertentu.
  3. Dengan ciri ini terbukalah ruang kepada semua bangsa di dunia untuk membentuk masyarakat Islam dan membina tamadun sejagat.
  4. Sistem pemerintahan sesebuah negara yang menerapkan kehidupan bertamadun berlandaskan ciri-ciri universal ini adalah dimana sistem pentadbirannya, bandar-bandar Islam stratifikasi sosial, perkembangan ilmu sains dan pendidikan, bangunan-bangunan yang mempunyai ciri Islam dan kesenian Islam.
REALITSTIK
  1. Islam sentiasa menekankan dan meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan dapat dicapai dengan mengawasi seluruh kegiatan manusia agar tidak bercanggah dengan ajaran Allah s.w.t.
  2. Ciri realistik ini mengambil kira kehidupan manusia di alam sejagat dengan kepercayaan bahawa alam sejagat merupakan suatu hakikat yang berlaku di dunia nyata. Dunia nyata adalah antara bukti kewujudan Allah SWT yang Maha Pencipta.
  3. Kehidupan manusia akan sentiasa terjamin dengan kesempurnaan Akhlak,akidah dan syariah untuk membentuk cara hidup yang lebih teratur dan lebih bermaruah berlandaskan apa yang telah disampaikan melalui wahyu Allah kepada Rasullullah S.A.W. Sebagaimana firman Allah Rasullullah diutuskan bagi  menyempurnakan Akhlak manusia sejagat
  4. Islam meliputi seluruh aspek kehidupan manusia termasuklah undang-undang (syariah), akidah, akhlak, hubungan dengan Allah S.W.T dan hubungan sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam.
  5. la juga meliputi sudut kenegaraan yang meliputi hubungan di peringkat antarabangsa, ilmu pengetahuan dan peribadatan.
  6. Bagi mengukuhkan fakta bahawasanya ciri-ciri tamadun Islam adalah sesuatu yang shumul ia sebenarnya membawa kebaikan,keberkatan dan kebaikan kepada semua makhluk selagimana  setiap makhluk manjaga hubungan baik antara makhluk dengan pencipta dan semesta Allah.

TETAP DAN ANJAL
  1. Prinsip yang tetap dan tidak berubah pada sasaran dan matlamat pembinaan tamadun, tetapi anjal dari sudut cara dan teknik pelaksanaanya.
  2. Ini bermakna Islam merupakan suatu yang tetap dan tidak berubah dari segi tujuan dan matlamat pembinaan tamadun manusia, tetapi anjal dari sudut cara dan teknik pelaksanaannya.
  3. Islam memberikan kebebasan kepada umatnya dari sudut untuk merealisasikan tamadun dengan mengambil kira matlamat yang harus dicapai bukan kemajuan kebendaan semata-mata dengan mengetepikan unsur kerohanian (spiritual).
TULISAN
  1. Peinttah membaca "Iqra'"
  2. Kewajipan menuntut ilmu pengetahuan
  3. Pengumpulan al Quran dan al Hadith
  4. Darul Hikmah

BANDAR
  1. Rasulullah menukar Yasrib kepada Madinah
  2. Sebagai pusat pentadbiran
  3. Pusat perniagaan
  4. Pusat ilmu pegetahuan

KOTA 
  1. Bangunan masjid
  2. Bangunan Bait al Mal
  3. Sekolah, Kolej, Universiti, Hotel

MASYRAKAT MAJMUK
  1. Persaudaraan
  2. Kejiranan
  3. Memuliakan tetamu
  4. Sama taraf
  5. Larangan 'asabiayah

SENI
  1. Bacaan al Quran secara taranum/lagu
  2. Laungan azan
  3. Pakaian yang tidak mendedahkan aurat
  4. Seni bina

SAINTIFIK
  1. Islam adalah agama yang logik
  2. Tamadun Islam berlandaskan ilmu pengetahuan
  3. Larangan mempercayai perkara khurafat

SISTEMATIK
  1. Sistematik dalam solat (tertib)
  2. Sistematik dalam membentuk keluarga dari peminangan hingga kepada perkahwinan
  3. Sistematik dalam kemasyarakatan
  4. Sistematik dalam pemerintahan


************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com