Kuliah 06 : Kedatangn Islam Ke Alam Melayu

Bab 2 : Islam Di Alam Melayu

Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

Proses Pengislaman
  1. Abad ke-7 —13 M kebanyakannya dijalankan oleh orang-orang Arab sendiri. 
  2. Abad ke-13 M dan seterusnya yang dijalankan oleh mubaligh-mubaligh India, Arab dan juga orang-orang tempatan. 
Aliran pemikiran
  1. Perubahan luaran: antara 1200-1400M bidang Fiqhiah (hukum hakam) banyak berperanan sedangkan konsep Tauhid masih kabur.
  2. Perubahan jiwa: Pada tahun 1400-1700M di samping meneruskan proses fiqhiah didedahkan ilmu Tasawuf (ilmu menyuci hati) dan Tauhid
  3. Tahun 1700 M dan seterusnya, di samping menyambung tahap-tahap (1) dan (2) di atas, maka diteruskan dengan menghadapi ideologi-ideologi perosak iaitu Westernisation (pembaratan), Rasionalisme (logik), Individualisme, sekularisme dan libralisme (semua agama sama sahaja).
Faktor Kedatangan Islam ke Nusantara
  1. Faktor perdagangan telah membawa orang-orang Arab ke Nusantara, iaitu sejak zaman Jahiliah lagi.  
  2. Kegiatan-kegiatan dakwah Islamiah pada peringkat awalnya adalah dilakukan oleh orang-orang Arab sendiri. 
  3. Missi-missi dakwah Islamiah ke Nusantara telah bermula sejak zaman Rasulullah SAW lagi, dan semakin diperhebatkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz. Semuanya ini berlaku sepanjang abad pertama Hijrah lagi. 
Teori-Teori Kedatangan Islam
Beberapa teori telah dikemukakan tentang asal-usul Agama Islam di Nusantara sama ada ianya datang melalui:-
  1. India 
  2. China atau
  3. Terus dari Arab atau Parsi. 
Teori dari India
  1. Van Ronkel berkata Islam dibawa dari India Selatan alasannya bentuk-bentuk popular Islam seperti ciri-ciri mistik, sastera roman dan sebagainya di Indonesia itu adalah berasal dari India Selatan.
  2. Moquette  pula mengemukakan bukti tentang adanya kesamaan batu-batu nisan di Pasai (1428) dan di Gerisek (1419) dengan batu nisan di Gujerat. 
  3. G.E. Morrison berpendapat Bengal-lah yang lebih dulu menerima Islam dari Gujerat iaitu setelah ditawan oleh orang-orang Islam sejak awal abad ke-13 M  
Teori dari India
  1. Gujerat bermazhab Hanafi, sedangkan Nusantara seperti Bengal yang bermazhab Shafie. Sebab itu Bengal lebih menasabah dari Gujerat sebagai tempat kedatangan Islam. 
  2. Ada yang mengatakan Islam dibawa dari pantai Malabar (Coromandel), sebab kawasan ini menganut mazhab Shafie. 
  3. Dikatakan Fakir Muhammad berasal dari Malabar dan mengislamkan Merah Silu (Malikus-Salleh) di Pasai. Hamka mengatakan Malabar hanya tempat persinggahan Syeikh Ismail yang diutus oleh Sharif Makkah untuk mengislamkan Merah Silu. 
Teori dari China/Indochina
  1. Syed Naguib Al-Attas berkata pemberontakan di Canton pada tahun 877M (263H) mengorbankan lebih 120,000 kebanyakannya beragama Islam (Arab dan Parsi) menyelamatkan dirinya dengan berhijrah ke Kalah (Kedah).
  2. S.Q. Fatimilah berkata adanya kerajaan Bani Champa (1000-1471M) merupakan pelarian Syiah Alawiyah dari Damshik. Hujahnya ialah Batu Bersurat di Terengganu tarikh 1303M yang menyamai batu nisan di Champa Selatan.   
Teori dari China/Indochina
  1. S.Q Fatimi mengatakan ada persamaan nisan Fatimah binti Maimon 1082M di Leran, Jawa Timur dengan batu-batu nisan di Phan-rang, Champa Selatan 1039M dan 1035M. 
  2. Batu Bersurat di Teluk Cik Munah, Pahang yang tarikhnya dikatakan 419H (1028M), iaitu lebih awal dari Batu Bersurat di Terengganu yang bertarikh 702 H (1303 M) itu. Bukti ini dapat juga menunjukkan bahawa kemungkinan Islam masuk melalui Pantai Timur dari China atau Indochina. 
Teori dari Arab/Parsi
  1. Bukti untuk menguatkan teori ini tidaklah sukar dicari, memadai dengan meninjau kegiatan pedagang-pedagang Arab di kawasan Asia Tenggara 
  2. Kata Wang Gungwu dan C.A. Majul sejak pedagang-pedagang Arab memonopoli kegiatan-kegiatan perdagangan dari India dan Mesir, mereka mulai menguasai perdagangan 'Nanhai' (Asia Tenggara). 
Hujjah Syed Muhammad Al-Naguib Al-Attas
  • Hasil kesusasteraan keagamaan yang telah merujuk kepada sumber-sumber tulisan lama Islam
  • Mubaligh-mubaligh lama Islam di daerah ini terdiri dari orang-orang Arab atau Arab/Parsi seperti yang ternyata pada gaya nama dan gelaran mereka masmg-masing.  
  • Kandungan faham keagamaan yang dibawa oleh mereka adalah bersifat Timur Tengah, bukan India seperti 
    1. penghuraian akidah, 
    2. Ilmu Tasawuf, 
    3. bentuk tulisan Jawi, 
    4. nama gelaran bagi hari-hari mingguan, 
    5. cara melafazkan Al-Quran 
Hujjah Hamka
  1. Pengislaman ke negeri-negeri Melayu adalah langsung dari Makkah iaitu dengan terutusnya Syeikh Ismail oleh Sharif Makkah yang singgah di Malabar untuk mengambil 'Fakir Muhammad' (keturunan Abu Bakar Al-Siddiq) menyertainya ke Nusantara utk mengislamkan Merah Silu. 
  2. Pengislaman Parameswara dilakukan oleh Sayyid Abdul Aziz yang datang dari Jeddah.  
  3. Hujjah Hamka
  4. Pengislaman di Acheh dirintis oleh Syeikh Abdullah Arif yang datang dari Tanah Arab bersama muridnya Burhanuddin. 
  5. Maulana Malik Ibrahim (salah seorang Wali Songo) yang turut mempelopori penyiaran Islam di Jawa adalah keturunan Ali Zainal Abidin, cucu Sayidina Ali bin Abi Talib. 
  6. Susan Gunung Jati atau Sharif Hidayatullah salah seorang Wali Songo yang turut mengembangkan Islam di Jawa juga dikatakan keturunan bangsawan Quraisy.  
  7. Pengislaman Raja Kedah seperti tersebut dalam Hikayat Merong Mahawangsa dilakukan oleh Syeikh Abdullah Yamani, seorang ulama Arab. 
  8. Pengislaman di Sukadana, Kalimantan dilakukan oleh Syeikh Shamsuddin dari Makkah. 
  9. Sampai kini Raja-Raja Brunei menganggap bahawa nenek-moyang mereka adalah bangsa Arab, keturunan Nabi.  
  10. Kemasukan Islam ke Mindanao dimulai oleh keturunan-keturunan Sharif dari Makkah, seperti Sharif Kebungsuan yang datang dari Johor 
  11. Pengislaman di Pulau Sulu diusahakan oleh Sayyid Abdul Aziz yang mengislamkan Parameswara.
  12. Sezaman dengan tegaknya kerajaan Samudera-Pasai dengan kerajaan Mameluk di Mesir yang menganut mazhab Shafie. 
Faktor-Faktor Perkembangan Islam

Terdapat beberapa faktor perkembangan Islam di Nusantara, antaranya:
  1. Faktor kandungan ajaran Islam sendiri.
  2. Faktor hikmah atau cara penyampaian.
  3. Faktor Pendakwah.
  4. Faktor Masyarakat.
  5. Faktor Hidayah.
Faktor kandungan ajaran Islam sendiri.
  1. Ajaran Islam yang mudah difahami
  2. Mudah pula diamalkan
  3. Pokok ajaran Islam terletak kepada konsep Tauhid
  4. Tidak berbelit-belit agama-agama lain. 
  5. Islam tidak membezakan seseorang individu dengan individu lain. 
  6. Islam juga mudah diterima kerana ada persamaan setengah nilai-nilai tempatan seperti mistik Melayu dengan Tasawuf Islam.
Faktor hikmah atau cara penyampaian.
  1. Firman Allah s.w.t.  Terjemahan: Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk. (Surah al Nahl:125).  
  2. Supaya mudah menendekati penduduk-penduduk Nusantara, pendakwah-pendakwah terpaksalah berbicara dalam bahasa yang mudah difahami.
  3. Bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca juga dibuat atas dasar persamaan sifatnya dengan bahasa Arab sendiri.  
  4. Melalui bahasa Melayu itu, timbullah ulama-ulama yang giat berdakwah melalui tulisan. Maka terkenallah nama-na- ma seperti Hamzah Al-Fansuri, Nuruddin Al-Raniri, Bukhari, Al-Jauhari, Shamsuddin Al-Sumatrani, Abdul Rauf Singkel dan lain-lain. 
  5. Melalui karya-karya merekalah agama Islam dapat tersiar dengan lebih meluas dan pesat. Semuanya dengan menggunakan bahasa Melayu, iaitu bahasa Islam di rantau ini.  
  6. Khusus di Tanah Jawa penyiaran Islam tidak dapat dilakukan melalui bahasa Melayu, maka untuk mendekati mereka, terpaksalah para-para mubaligh bertolak-ansur dengan sebahagian cara hidup mereka. Dengan itu lahirlah mubaligh-mubaligh di Jawa yang lebih terkenal dengan gelaran 'Wali Songo'. Antara wali-wali sembilan yang sangat berjaya dalam penyiaran Islam secara pewayangan ini ialah Sunan Giri dan Sunan Bonang.  
  7. Penyesuaian bentuk-bentuk wayang tradisi Jawa dengan wayang Islam berlaku baik dalam bentuk mahupun isinya disesuaikan dengan semangat Islam. Misalnya cerita-cerita Pandawa Lima merupakan simbol Rukun Islam yang lima, atau Lima Waktu Solat. 
  8. Penaklukan di Nusantara lebih bermotif politik atau ekonomi sedangkan Islam hanya tersebar secara tidak langsung saja. 
  9. Penaklukan oleh kerajaan Melaka atau Acheh bukannya untuk menyebarkan Islam tetapi implikasinya Islam lalu tersebar ke negeri-negeri taklukannya. 
Faktor Pendakwah
  1. Islam adalah agama dakwah
  2. Tugas berdakwah bukannya hak sesuatu pihak
  3. Setiap Muslim wajib berdakwah sekadar kesanggupan
  4. Firman Allah s.w.t  Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang Yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang Dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang Yang benar (pengakuan imannya). (Surah al Hujurat:15).
  5. Dituntut agar dibentuk sekumpulan orang yang khusus bertugas untuk berdakwah tanpa mengenepikan peranan pihak-pihak lain. Terjemahan:  Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya. (Surah ali Imran:104).
  6. Terdapat golongan pendakwah 'profesional' dan 'sambilan' yang menimbulkan teori mubaligh (missionary theory) sebagai salah satu faktor perkembangan Islam.
  7. Di antara pendakwah yang profesional itu seperti Syeikh Ismail yang diutus khas oleh Sharif Makkah ke Samudera, Sayyid Abdul Aziz, seorang makhdum dari Jeddah yang mengislamkan Parameswara, Syeikh Abdullah Yamani, seorang ulama Makkah yang mengislamkan Raja Kedah dan sebagainya. 
  8. Peranan ahli-ahli Sufi dalam penyebaran Islam di Nusantara yang paling terkenal sekali ialah 'Wali Songo' yang dikatakan sangat berjasa di Jawa itu.
  9. Terdapatlah para pedagang yang juga berperanan sebagai pendakwah.
  10. Hubungan perdagangan yang erat antara Jawa dengan Melaka.
  11. Hubungan inilah yang menimbulkan semacam anggapan bahawa "tanah Jawa diislamkan oleh Melaka".
  12. Perang Salib (1097-1292) pedagang-pedagang Islam semakin ghairah malah berlumba-lumba untuk menyiarkan Islam.
Faktor Masyarakat
  1. Pendakwah yang baik ialah yang dapat memahami corak masyarakat.
  2. Kejayaan besar dakwah Islamiah di Nusantara adalah disebabkan para pendakwah yang pintar.
  3. Mereka sedar bahawa masyarakat feudal Melayu sangat dihormati.
  4. Apabila raja-raja mereka sudah memeluk Islam, maka rakyat pun berbondong-bondonglah mengikuti jejak raja.
  5. Faktor perkahwinan diraja juga sangat berkesan dalam menyebarluaskan Islam.
  6. Masyarakat
  7. Perkahwinan Parameswara dengan puteri raja Pasai, atau perkahwinan puteri-puteri raja Melaka sendiri dengan raja-raja di tanah jajahannya
  8. Sebagai suatu ikhtiar agar para-para pedagang terus menetap di dalam negerinya, mereka digalakkan berkahwin dengan puteri pembesar-pembesar tempatan.
  9. Walaupun motif ekonomi tetapi implikasinya sangat penting dari segi perkembangan Islam.
Faktor Hidayah
  1. Walau bagaimana pun faktor HIDAYAH itulah yang menentukan segala-galanya.

Fahaman jahiliah di Nusantara;
  1. Zaman Pra Islam
  2. Animinsma
  3. Hindu
  4. Budha
Perubahan dalam aspek:
  1. Akidah
  2. Ibadah
  3. Syariat
  4. Akhlak
Nusantara sebelum kedatangan Islam
  1. Masyarakat tempatan sedikit banyaknya telah dicorakkan oleh pengaruh-pengaruh Hindu.
  2. Golongan bangsawan sajalah yang menganuti agama Hindu dengan bersungguh-sungguh.
  3. Masyarakat umumnya, mereka lebih asyik kepada sifat kesenian daripada sifat falsafah, sejajar dengan bawaan asli mereka sendiri.
  4. Agama Buddha kurang kesannya kecuali bidang kesenian seperti terjelma pada candi Borobodur itu.
  5. Faktor bahasa juga menghalang pengaruh Hindu atau Budha secara meluas.
Munculnya zaman Baru di Nusantara
  1. Timbulnya Zaman Pertengahan di Eropah disebabkan kebangkitan Islam di Asia Barat.
  2. Kehancuran Zaman Pertengahan dan timbulnya Zaman Renaissance sebagai asas Zaman Moden di Eropah
  3. Ini berlaku kerana wujud perhubungan mereka dengan tamadun Islam
  4. Hal yang sama berlaku di Nusantara
  5. Pengaruh Islam di Nusantara telah menyebabkan berlakunya proses Islamisasi.
  6. Kebanjiran istilah-istilah Arab turut merubah world-view orang-orang Melayu
  7. Kedatangan Islam bukan hanya bermakna kedatangan suatu agama dan suatu bahasa, bahkan dari segi sosialnya, terbentuk pula suatu konsep bangsa yang dinamakan bangsa Melayu.
  8. Dari segi politik tertubuhnya kerajaan-kerajaan Melayu-Islam iaitu di Pasai, Acheh, Demak dan sebagainya.
  9.  Islam berjaya pula meninggalkan kesan-kesan di dalam sistem perundangan Melayu
  10. Dari segi ekonominya pula, kedatangan Islam ternyata sekali membawa revolusi besar dalam perdagangan
  11. Kedatangan Islam-lah maka kegiatan-kegiatan perdagangan meluas sehingga tidak lagi terbatas di Lautan India, bahkan sampai menjangkau Laut Merah, ke Laut Parsi, ke Laut Meditteranean, dan seterusnya ke pelabuhan-pelabuhan Eropah.
  12. Kedatangan Islam menjadi punca kehidupan masyarakat Kepulauan Melayu telah beralih dari India ke Timur Tengah
  13. Semua perubahan-perubahan yang berlaku ini menyebabkan timbulnya suatu Zaman Baru
  14. Sumbangan Islam Kepada Tamadun Melayu
  15. Sebelum kedatangan Islam penduduk di Nusantara umumnya beragama Hindu.
  16. Islam memperkenalkan sistem zakat, fitrah, sedekah, kafarah, wakaf dan sistem Baitulmal yang merupakan fenomena baru dalam masyarakat Melayu
  17. Kedatangan Islam telah membuka fikiran orang Melayu maka lahirlah rasionalisme dan intelektualisme dalam masyarakat Melayu
Sumbangan Islam Kepada Tamadun Melayu
  1. Kelahiran unsur rasionalisme menjadi cabaran kepada unsur khurafat, dongeng,  khayalan, fantasi, dewa-dewa dan pari-pari.
  2. Kedatangan Islam mendorong ke arah penghayatan ilmu pengetahuan dan daya berfikir menyebabkan lahirnya buku-buku ilmiah.
  3. Agama Islam dengan semangat jihadnya memberi inspirasi untuk menyintai tanahair
  4. Islam berperanan menyatupadukan tenaga politik setempat menentang penjajah dari Barat.
Ciri-ciri Sosial Islam di Nusantara
  1. Wujud persaudaraan di dalam sebuah-sebuah kampung.
  2. Masjid merupakan tempat tumpuan terutama pada hari-hari Jumaat
  3. Masjid merupakan balai permesyuaratan
  4. Ciri-ciri kebudayaan Islam di Nusantara
  5. Agama mendapat tempat yang begitu baik
  6. Melahirkan keamanan
  7. Kesejahteraan
  8. Bersatu padu
  9. Kasih sayang
  10. Islam sebagai agama yang menggalakkan perkembangan ilmu
Ciri-ciri kebudayaan Islam di Nusantara
  1. Pusat-pusat pendidikan Islam didirikan
  2. Masjid
  3. Surau
  4. Sekolah agama
  5. Quran
  6. Fekah
  7. Tasawuf
  8. Bahasa Arab dan lain-lain lagi.
  9. Ciri-ciri kebudayaan Islam di Nusantara
Ciri-ciri Undang-Undang Islam di Nusantara:
  1. Undang-undang Islam Mazhab Shafie
  2. Pengaruh undang-undang Islam
  3. Undang-undang Luaran di Filipina
  4. Hukum Kanun Melaka di Semenanjung Tanah Melayu.
  5. Undang-undang adat terpengaruh dengan undang-undang Islam.




************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com