Interaksi Antara Tamadun
Terdapat beberapa faktor interaksi yang berlaku antara tamadun, antaranya ialah:
- Faktor Sosial - perkahwinan, keluarga, masyarakat
- Faktor Agama - keyakinan, kepercayaan, ideologi
- Faktor Politik - pemerintahan, diplomatik
- Faktor Sains dan teknologi - pendidikan, penyelidikan
- Faktor Budaya - sistem hidup, ziarah, pelancongan
- Faktor Peperanan - jihad, penghapusan ethnik, pemberontakan
- Faktor Ekonomi - perdagangan, perusahan
- Faktor Geografi - perhubungan, pengangkutan
FAKTOR SOSIAL
- Perkahwinan di kalangan raja dan para pembesar bertujuan mengadakan hubungan antara negara
- Terdapat raja-raja yang lemah mengahwinkan anak perempuan mereka untuk menguatkan kedudukan
- Hubungan China dieratkan dengan perkahwinan Raja Melaka dengan Puteri Hang Li Po
FAKTOR AGAMA
- Ajaran agama mendorong manusia - menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
- Islam merupakan agama yang bersifat terbuka iaitu menerima kebaikan daripada agama lain selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam.
- Sebagai contoh, walaupun kerajaan Islam dapat mengekalkan kuasanya selama 7 abad di Andalusia tetapi tidak pernah mendiskriminasi penduduknya yang beragama Kristian dan Yahudi malah diberi peluang turut serta membangunkan ekonomi, ilmu pengetahuan dan perdagangan.
FAKTOR POLITIK
- Ada hubungan diplomatik di antara negara Arab, Greek, Parsi, Habsyah dan India.
- Perlembagaan Madinah memperlihatkan hubungan politik antara kerajaan Islam pimpinan Islam pimpinan Rasulullah s.a.w. dengan pelbagai kabilah.
- Hubungan diplomatik antara Melaka dengan Cina. Maharaja Yung Lo bertanggungjawab mengadakan hubungan diplomatik dengan Melaka pada abad ke 15.
FAKTOR SAINS DAN TEKNOLOGI
FAKTOR KEBUDAYAAN
FAKTOR EKONOMI
- Hubungan Andalus dengan Eropah dalam sains dan teknologi
- Wujudnya pusat-pusat penterjemahan karya Arab ke dalam bahasa Eropah
- Islam mempelajari pembuatan kertas dari China
- China mempelajari pembuatan gula dari India
- Pemindahan teknologi
- Dasar pandang ke Timur
FAKTOR KEBUDAYAAN
- Masyarakat yang berhijran ke negara lain membawa cara hidup mereka
- Sebab kemiskinan juga menjadi faktor dapat menerima budaya asing
- Meniru gaya hidup asing dari sudut pakaian, makanan, tempat tinggal dan lain-lain
- Budaya positif mudah mempengaruhi masyarakat asing
FAKTOR EKONOMI
- Zaman awal wujud pusat-pusat perdagangan antarabangsa. Mekah, Saba’ dan Tadmur
- Penduduk Saba’ menguasai jalan laut ke negeri China.
- Catatan sejarah China menyebut orang Saba’ adalah pelaut pertama mengharungi Laut Hind
- Interaksi perdagangan yang berlaku antara Arab dan Cina melalui jalan darat dan laut.
- Hubungan ini terjalin sejak abad ke 3 Masehi. Pedagang Arab dan Parsi telah membina penempatan mereka di Canton malah mereka turut membina masjid di Guangzhou.
- Ini membuktikan berlakunya proses Islamisasi di wilayah tersebut.
- Hubungan pedagangan juga berlaku antara pedagang Arab dengan penduduk Alam Melayu
- Iaitu apabila mereka singgah di beberapa pelabuhan penting di kepulauan Melayu seperti Melaka sebelum meneruskan perjalanan ke Cina.
- Kemunculan sesebuah tamadun juga boleh dikaitkan dengan rangsangan keagamaan dan kerohanian.
FAKTOR GEOGRAFI
- Kelahiran sesebuah tamadun banyak didorong oleh kedudukannya yang strategik yang memungkinkan penempatan masyarakat memperoleh sumber-sumber semula jadi untuk keperluan hidup.
- Faktor lokasi ini adalah merujuk pada kesesuaian yang dilihat menggalakkan kemunculan tamadun Cina di Lembah Hwang Ho
- Tamadun Mesopotamia di Lembah Tigris, tamadun Mesir di Lembah Sungai Nil dan tamadun Melayu Melaka di pinggiran Selat Melaka.
- Kebiasaannya kawasan yang terbuka bentuk kawasan geografi seperti kawasan yang menjadi laluan perdagangan bersifat lebih terbuka dalam orientasi ketamadunannya.
- Ini menyebabkan sesebuah tamadun itu terdedah kepada tamadun luar.
- Sebagai contoh melalui jalan laut orang Arab merentasi laut Arab ke benua India, kepulauan Melayu hingga ke Canton, Cina.
FAKTOR PEPERANGAN
- Islam adalah agama jihad
- Kewajipan mengembangkan ajaran Islam adalah tuntutan agama
- Peperangan menyebabkan musuh dapat menerima Islam tanpa paksaan
- Peperangan dunia juga menyebabkan berlakunya hubungan antara bangsa
- Arab dengan Rom dan Parsi berlaku zaman awal perkembangan Islam
- Penaklukan Islam terhadap India dan China
- Monggol menyerang orang Islam di Baghdad
- Kristian dengan Islam dikenali sebagai Perang Salib
- Penjajahan Barat terhadap negara-nega
KESAN POSITIF
- Agama berkebang dengan baik
- Dakwah dapat berjalan dengan aman
- Masyarakat dapat beramal ibadah dengan sempurna
- Keamanan serantau
- Kemajuan dalam perniagaan dan perusahan
- Kemajuan dalam sains dan teknologi
- Masyarakat majmuk / metropolitan
- Kaya cara hidup dalam kepelbagaian budaya
- Perkembangan ilmu pengetahuan
- Perkemgangan dalam seni
KESAN NEGATIF
- Peperangan
- Permusuhan
- Rusuhan
- Penghapusan ethnik
- Berpuak-puak
- Ketegangan hubungan kaum
- Kemunduran dalam ekonomi
- Kemusnahan alam sekitar
- Penularan wabak penyakit
************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com