Bab 2 : Islam Di Alam Melayu
Pengaruh Islam Di Alam Melayu dan Tamadun Malaysia
Bidang politik
- Sistem Kesultanan Melayu Melaka.
- Negeri-negeri yang lain seperti Terengganu dan Pahang.
- Undang-undang Melaka
- Hukum Kanun Melaka
- Undang-undang Pahang 1592
- Kerajaan Aceh menjalankan undang-undang Islam
Bidang sosial
- Islam telah memperkenalkan konsep sama rata
- Wujud unsur demokrasi sebagai ganti sistem kasta Hindu
- Islam telah menghapuskan semangat kedaerahan
- Islam membentuk perpaduan melalui konsep ummah
- Proses perpaduan dicapai melalui perlakuan ibadat
Bidang ilmu pengetahuan
- Apabila memeluk agama Islam mereka mempelajari Quran
- Tujuan menunaikan fardu sembahyang
- Tahap ini digalakkan belajar membaca
- Diikuti pula dengan proses pembelajaran
- Penulisan bahasa Melayu menggunakan huruf Quran
- Buku-buku mengenai agama Islam dikarang
- Lahirlah institusi-institusi agama Islam
- Madrasah
- Surau
- Masjid
- Pondok
- Langgar
- Rangkang
- Pesantren (Pulau Jawa disamakan dengan universiti Islam)
- Pengajian agama Islam serta penulisan yang bercorak keislaman telah menggalakkan perkembangan bahasa Melayu
Pengaruh Islam Di Alam Melayu - Kesusasteraan
Zaman permulaan Islam pendakwah telah menulis
Risalah agama mengenai rukun iman rukun Islam
Ditulis berkenaan cerita-cerita
- Hikayat Nur Muhammad
- Hikayat Makjizat Nabi
- Hikayat Nabi Bercukur
- Hikayat Nabi Wafat
- Hikayat Nabi Mikaj
- Hikayat Nabi Muhammad Dengan Iblis.
- Hikayat Puteri Salamah - tugas seorang isteri dalam Islam.
- Hikayat Seribu Masalah - dialog Nabi dengan Yahudi
- Hikayat Nabi Mengajar Ali
- Hikayat Nabi Mengajar Anaknya Fatimah
- Hikayat Nabi Dengan Orang Miskin, dan lain-lain.
- Cerita-cerita Dalam al-Quran
- Hikayat Nabi Sulaiman
- Hikayat Nabi Musa
- Hikayat Nabi Yusuf
- Hikayat Nabi Zakaria
- Hikayat Lumkan al- Hakim
- Hikayat Nabi Allah Ayub
- Hikayat Nabi Musa Munajat dan lain-lain.
Cerita-cerita sahabat Nabi dan tokoh Islam
- Hikayat Abu Bakar
- Hikayat Amir al-Mu'minin Umar
- Hikayat Abu Syahmah
- Hikayat Abu Bakar dan Rahib Yahudi
- Hikayat Raja Khandak
- Hikayat Hassan dan Hussain
- Hikayat Tamin al-Dari dan lain-lain.
Cerita-cerita pahlawan Islam
- Hikayat Amir Hamzah
- Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
- Hikayat Semaun
- Hikayat Bayan Budiman
- Hikayat Kalilah Dan Daminah
- Hikayat Bakhtiar, dan lain-lain.
Cerita-cerita tentang ahli-ahli sufi
- Hikayat Sultan Ibrahim
- Hikayat Abu Yazid Bistami
- Hikayat Syeikh Abdul Kadir Jailani
- Hikayat Rabe'ah
Cerita-cerita rekaan
- Hikayat Raja Damsyik
- Hikayat Jauhar Manikam
- Hikayat Hassan Damsyik
- Hikayat Sultan Bustaman
- Hikayat Gul Bakawali
- Hikayat Umar Umaiyah
Pengaruh Islam Di Alam Melayu - Puisi Melayu
- Hamzah Fansuri
- Penulis tasawuf
- Syair Dagang
- Syair Burung Pungguk
- Syair Perahu
- Syair Burung Pinggai
- Syair Sidang Fakir
Pengaruh Islam Di Alam Melayu - Puisi Melayu
- Syekh Abdul Rauf Singkel
- Bercorak tasawuf
- Syair Makrifat
- Abdul Rauf
- Syair Takrif al-Huruf (tasawuf)
- Tanpa pengarang
- Syair Makrifat dan Alam Tasawuf
- Syair Mistik dan Tauhid
- Syair Unggas Bersoal Ilmu Akhirat
- Syair Kiamat
- Syair Cerita Dalam Kubur.
Pengaruh Islam Di Alam Melayu - Perlembagaan
- Agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan Tanah Melayu
- Dalam perlembagaan Malaysia Bab (3)
- Ceraian (1), iaitu agama Islam menjadi agama Persekutuan Tanah Melayu.
- Ceraian (2) pula menyatakan bahawa di tiap-tiap negeri, melainkan Melaka dan Pulau Pinang, kedudukan Sultan sebagai Ketua Agama
- Pulau Pinang dan Melaka Bab (3) itu menyebutkan: "Perlembagaan-perlembagaan negeri Melaka dan Pulau Pinang akan mengandungi syarat-syarat untuk menganugerahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di negeri-negeri itu
- Dalam bidang perundangan mengenai hal-ehwal agama Islam kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh.
- Kerajaan Pusat tidak boleh membuat sesuatu undang-undang berhubung dengan agama Islam, tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan dengan kerajaan negeri yang bersangkutan.
- Menurut perlembagaan itu, bahawa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua agama di negeri baginda sendiri dan juga di negeri-negeri Melaka dan Pulau Pinang
- Di tiap-tiap buah negeri Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk sebuah pejabat agama untuk mengendalikan pentadbiran hal-ehwal agama Islam.
- Majlis ini diketuai oleh seorang Yang di-Pertuan.
- Kadi-kadi dan Kadi Besar yang bertanggungjawab bagi membicarakan soal: Perceraian, Khalwat, tidak berpuasa di bulan Ramadan, enggan menunaikan sembahyang Jumaat, bersekedudukan
- Majlis agama juga bertanggungjawab mengeluarkan tauliah kepada guru-guru agama Islam di dalam tiap-tiap negeri itu.
- Mufti berperanan mengeluarkan fatwa berkaitan kepentingan agama
- Majlis Agama bertanggungjawab mengenai harta wakaf dan Baitulmal dan mentadbirkannya untuk kebajikan orang Islam.
- Perlembagaan Malaysia Bab (12) Ceraian (2) menyatakan: "Undang-undang Persekutuan membolehkan diberi bantuan kewangan khas untuk mengadakan atau menanggung tempat-tempat pengajian Islam, atau mengadakan pengajaran agama Islam kepada orang-orang Islam.
- Undang-undang Pelajaran 1956 Bahagian 49 antaranya menyebutkan. "Manakala ada 15 orang murid atau lebih beragama Islam di sebuah sekolah yang menerima bantuan, maka guru agama hendaknya diadakan."
- Jabatan Perdana Menteri mempunyai peruntukan khas untuk mengendalikan hal ehwal agama Islam, misalnya pentadbiran Masjid Negara terletak di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri.
- Bantuan kewangan juga diberi kepada pertubuhan-pertubuhan Kebajikan Islam untuk usaha-usaha penyiaran Islam di kalangan penduduk Tanah Melayu dan lain-lain lagi.
- Jabatan Perdana Menteri menjalankan aktiviti dakwah melalui Institiut Dakwah Islam dan kegiatan penyelidikan melalui Pusat Penyelidikan Islam Jabatan Perdana Menteri
Tamadun Melayu sebagai asas pembinaan Tamadun Malaysia
- Malaysia sekarang adalah lanjutan daripada politik-politik Melayu seperti Melaka, Johor, Perak, Pahang, Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.
- Ia ada kesinambungan dengan pelbagai kerajaan Melayu yang pernah wujud seperti Srivijaya, Temasik (Singapura), Langkasuka, Melaka dan Johor-Riau-Lingga
- Kesemua politik ini dikenali sebagai Alam Melayu atau Nusantara.
- Paksi utama yang menyumbang kepada pembinaan dan pemantapan Tamadun Malaysia ialah Tamadun Melayu
- Pengaruh Islam menjadikan negeri-negeri Melayu memiliki kanun perundang yang berasaskan adat Melayu dan perundangan Islam.
Undang-undang Melayu:-
- Melaka memiliki Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka
- Johor dengan Undang-undang Johor dan Undang-undang Tubuh Negeri Johor (1895)
- Pahang dengan Undang-undang Pahang
- Kedah dengan Undang-undang Kedah
- Terengganu dengan Itqan Al-Mulk (Perlembagaan Negeri Terengganu 1911)
- Perak dengan Undang-undang II dan Undang-undang Keturunan Daripada Turun Negeri Perak
- Negeri Sembilan pula dengan Hukum Adat atau Undang-undang Adat
- Tamadun Melayu sebagai asas pembinaan Tamadun Malaysia
- Tamadun Melayu telah dimantapkan oleh Islam
- Islam terus menjadi faktor definitif Melayu, iaitu Melayu mengamal adat Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam.
- Perkembangan Islam di Alam Melayu menggunakan bahasa Melayu.
Bahasa Melayu menjadi bahasa utama dalam
- Tulisan
- Kitab-kitab agama
- Kesusasteraan Melayu
- Komunikasi
- Tamadun Melayu sebagai asas pembinaan Tamadun Malaysia
- Akta Pendidikan 1961, telah menetapkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara, dari sekolah rendah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi.
- Perlembagaan Persekutuan Malaysia juga menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan agama Islam.
************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com